
BEKAS Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen masing-masing menerima ugutan berkaitan sebuah video lucah, dengan pemeras ugut mengancam untuk menyebarkan rakaman itu sekiranya bayaran tidak dibuat.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook pada Sabtu (13 September), Rafizi berkongsi bahawa Wong Chen telah membuat laporan polis selepas menerima ugutan sama.
Beliau berkata, individu tidak dikenali yang menghantar mesej tersebut mendakwa video itu menunjukkan mereka bersama seorang lelaki lain dan menuntut bayaran sebanyak AS$100,000 (RM421,000).
BACA LAGI: Polis siasat dakwaan individu ternama terlibat serang anak Rafizi
BACA LAGI: Kes isteri Rafizi diugut: Polis jejak pemilik nombor telefon berdaftar guna nama warga asing
Rafizi menjelaskan bahawa video tersebut dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI).
"Tangkap layar kabur yang dikongsi dengan saya menunjukkan seorang lelaki di atas katil. Lebih melucukan, setengah jam kemudian Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mesej saya dan memberitahu bahawa beliau turut diugut dengan video serupa.
"Kami berkongsi tangkap layar dan nampaknya kami dituduh tidur dengan lelaki yang sama," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Mamat mengesahkan laporan telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram