
SUSPEK kes tikam membabitkan seorang wanita Ukraine sehingga maut di tren kereta api ringan Charlotte dekat Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS) bulan lalu kini berdepan pertuduhan yang boleh membawa kepada hukuman mati.
Decarlos Brown Jr., 34, yang ditahan pada 22 Ogos lalu selepas menikam hingga mati Iryna Zarutska, 23, didakwa oleh Pejabat Peguam Negara AS di Daerah Barat Carolina Utara kerana melakukan jenayah yang menyebabkan kematian di sistem pengangkutan awam.
Menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), pertuduhan itu boleh menjadikan Brown layak dihukum mati.
BACA LAGI: [VIDEO] Polis kesan suspek samun, pukul pemuda hingga parah di pusat karaoke Johor Bahru
“Serangan kejam terhadap seorang wanita tidak bersalah yang hanya ingin pulang ke rumah ini adalah serangan terhadap cara hidup rakyat Amerika.
"Iryna berhak mendapat keadilan, dan kami akan pastikan keluarganya mendapat pembelaan,” kata Peguam Negara AS, Russ Ferguson dalam kenyataan pada Rabu.
Dalam sidang media, Ferguson menyifatkan kejadian itu sebagai 'tindakan pengganas' sambil memberitahu dia bersama Ejen Khas FBI, James Barnacle Jr. menghubungi ibu dan bapa saudara Zarutska mengenai pertuduhan tersebut.
I want you to see the footage of Iryna Zarutska that no one saw - in the moments after she was stabbed.
She was aware, terrified and suffering as a subway full of people just sat there looking on, without an ounce of empathy or desire to help her.
— Steven Steele (@MrStevenSteele) September 9, 2025
Tiada pengawal keselamatan berada di dalam tren ketika insiden berlaku, sebaliknya hanya melakukan rondaan di laluan berbeza.
Dalam pada itu, Charlotte Area Transit System (CATS) mengesahkan anggota keselamatan berada di tren lain bersebelahan ketika kejadian.
Susulan kejadian itu juga, Datuk Bandar Charlotte, Vi Lyles mengumumkan kawalan keselamatan ditingkatkan serta-merta di stesen dan platform Blue Line selain rondaan polis diperluas di kawasan transit utama.
“Sistem pengangkutan awam adalah nadi komuniti. Kita bertanggungjawab memastikan ia selamat,” katanya.
Menurut dokumen mahkamah, Iryna yang sebelum ini tinggal di tempat perlindungan bom di Ukraine, ditikam tiga kali oleh Brown selepas suspek mengeluarkan pisau dari poket tanpa sebarang interaksi awal.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“I GOT THAT WHITE GIRL!” - Decarlos Brown, after stabbing Ukrainian refugee Iryna Zarutska to death.
She fled war for safety in America—only to be murdered for being WHITE. But media calls it “random”? NOT a hate crime? Wake up! This is the blood on Dem hands. pic.twitter.com/o0UBBSkwiR
— Alec Lace (@AlecLace) September 9, 2025
Brown, yang mempunyai 14 rekod jenayah lampau termasuk rompakan bersenjata dan pecah rumah, pernah dipenjarakan lima tahun pada 2015.
Dia kini turut berdepan pertuduhan bunuh peringkat pertama.
Rakaman video kejadian yang tular mencetuskan kemarahan orang ramai hingga memaksa Setiausaha Pengangkutan AS, Sean Duffy mengkritik kelemahan pihak berkuasa melindungi penumpang.
"Jika datuk bandar tidak dapat memastikan keselamatan kereta api dan bas mereka, mereka tidak layak menggunakan wang cukai rakyat," kata Duffy dalam satu hantaran yang dikongsi di X pada Isnin.
Iryna, yang bekerja di pusat jagaan warga emas dan restoran piza serta dikenali sebagai pencinta haiwan, akan dikebumikan di Amerika Syarikat meskipun Kedutaan Ukraine menawarkan untuk menguruskan pengebumian di tanah airnya.
“Tidak, dia mencintai Amerika. Kami akan kebumikan dia di sini,” kata keluarganya.
Brown dijadual hadir semula di mahkamah pada 19 September depan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram