Wajib daftar kad prabayar melalui MyDigital ID menjelang akhir tahun ini — Fahmi Fadzil


  • Massa
  • Rabu, 10 Sep 2025

Pendaftaran kad SIM prabayar di Malaysia akan menggunakan sepenuhnya MyDigital ID menjelang akhir tahun ini dalam usaha memperkukuh aspek keselamatan digital.

PENDAFTARAN kad SIM prabayar di Malaysia akan menggunakan sepenuhnya MyDigital ID menjelang akhir tahun ini dalam usaha memperkukuh aspek keselamatan digital.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Madani berkata, langkah itu melibatkan semua syarikat telekomunikasi di negara ini yang akan diarahkan melaksanakan proses pendaftaran menggunakan pengesahan identiti digital melalui MyDigital ID.

“Dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara semalam (Selasa), aspek pendaftaran kad SIM telah dibincangkan.

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Cubaan plot twist penyewa dari neraka’, tuan rumah dapat panggilan telefon polis, tak dibenar campur tangan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ingatkan sampah, rupanya dadah', pekerja terkejut jumpa bungkusan ganja mampat di Kuala Sungai Padang

"Telco akan diarahkan memastikan proses pendaftaran kad SIM dan akaun prabayar menggunakan MyDigital ID.

“Ia akan dikuatkuasakan menjelang akhir tahun ini. MCMC akan keluarkan maklumat lanjut dan beberapa aspek keselamatan juga akan dipertingkatkan,” katanya pada Rabu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi, pendekatan itu penting bagi menutup kelemahan sistem sedia ada serta mengelak penyalahgunaan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata, perancangan kerajaan untuk memperketat pengesahan umur di media sosial seperti TikTok mungkin gagal jika isu kelemahan pendaftaran kad SIM tidak ditangani terlebih dahulu.

Katanya, meskipun ancaman dalam talian terhadap kanak-kanak membimbangkan, masalah sebenar bermula dengan akses terlalu mudah mendapatkan kad SIM.

Dalam pada itu, Fahmi turut mengulas dakwaan kebocoran data peribadi rakyat Malaysia melalui sebuah laman web.

Beliau mengesahkan semakan dengan MCMC mendapati laman web terbabit sudah disekat sejak Jun 2022.

“MCMC telah menghubungi penyedia perkhidmatan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai individu di sebalik laman web tersebut,” katanya.

Terdahulu, satu hantaran di Facebook tular mendakwa data peribadi rakyat Malaysia boleh diperoleh dengan mudah, termasuk maklumat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta butiran sensitif seperti maklumat perbankan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram