
MAYBANK telah mengeluarkan notis melalui aplikasi MAE untuk memaklumkan pelanggan bahawa beberapa ciri dalam aplikasi tersebut tidak dapat digunakan buat sementara waktu.
Pihak bank tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai punca gangguan perkhidmatan ini.
Menurut notis tersebut, pengguna masih boleh menyemak baki akaun, melakukan pemindahan (ke akaun sendiri, pihak lain, dan DuitNow), membuat bayaran bil serta transaksi Scan & Pay kepada peniaga.
BACA LAGI: [VIDEO] Kelar leher rakan serumah sebelum larikan kereta mangsa di Seremban, lelaki direman 5 hari
BACA LAGI: Konstabel polis cedera ditembak penjenayah di Simpang Pulai, mayat wanita ditemui dalam kereta
Aplikasi MAE dilaporkan tidak dapat digunakan sementara waktu. — Gambar hiasan
Namun begitu, had transaksi sementara mungkin dikenakan sepanjang tempoh ini.
Hasil semakan oleh LifestyleTech mendapati beberapa ciri yang terjejas termasuk pengesahan Secure2u, pemindahan ke kad kredit dan baki pinjaman, bayaran kad kredit, tambah nilai prabayar dan lain-lain.
Beberapa pengguna di media sosial turut melaporkan bahawa mereka tidak dapat menyelesaikan pembayaran menggunakan kod QR melalui aplikasi MAE.
Sebagai maklum balas kepada pelanggan di laman X, Maybank memaklumkan bahawa transaksi masih boleh dilakukan melalui laman web Maybank2u dengan menggunakan kod TAC SMS.
Setakat artikel ini diterbitkan, pihak Maybank masih belum memberikan anggaran masa pemulihan penuh bagi semua perkhidmatan dalam aplikasi MAE. — The Star/CHRISTOPHER FAM
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram