[VIDEO] ‘Abang Bangla’ makin berleluasa, selamba buat 3 bisnes disyaki tanpa lesen


  • Tular
  • Jumaat, 22 Ogos 2025

Tangkap layar seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh dengan selamba mempromosikan premis miliknya.

 

 

KEWUJUDAN premis perniagaan milik warga asing yang semakin banyak di kawasan tertentu kini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat tempatan.

Menerusi satu perkongsian di laman X, tular video berdurasi satu minit 54 saat memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh dengan selamba mempromosikan kedai makan miliknya.

Lebih mengejutkan, premis terbabit bukan sahaja menawarkan makanan, malah turut menjalankan pelbagai perniagaan lain termasuk kedai kurier, penjualan selimut, lampu dan barangan keperluan lain.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Mereka rajin, kita malas', warganet 'backup' Bangladesh usahakan kebun

BACA LAGI: [VIDEO] 'Sejak bila Malaysia ada Bangladesh Market?'

"Dalam kedai makan Bangla buka kedai kurier dan jual selimut dan lampu dan lain-lain. Boleh ke buka," tulis kapsyen pada video tular tersebut.

Meskipun lokasi sebenar tidak didedahkan, rakaman itu sudah cukup menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana golongan warga asing ini bebas menjalankan perniagaan sehingga dilihat seakan-akan menguasai ekonomi setempat.

Perkongsian berkenaan sekali gus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen yang mempersoalkan tahap penguatkuasaan pihak berkuasa terhadap kegiatan perniagaan warga asing yang semakin berleluasa.

Tangkap layar hantaran dari pengguna X, Update Info.

Bukan itu sahaja, ada juga sebahagian warganet berpandangan, tindakan sedemikian jelas menjejaskan peluang peniaga tempatan untuk mencari rezeki terutama dalam keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini.

Malah, keupayaan warga asing seperti dalam video itu untuk menjalankan pelbagai jenis perniagaan dalam satu premis turut menimbulkan keraguan mengenai status lesen dan permit perniagaan mereka.

Dalam pada itu, ada juga suara yang mendesak agar pihak berkuasa tempatan, khususnya majlis perbandaran dan imigresen, memperketatkan penguatkuasaan dengan melakukan pemeriksaan berkala terhadap premis-premis yang disyaki. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram