[VIDEO] Anak buah tiru gaya 'aunty', ketawa ikonik Anzalna paling 'win'


  • Bonda
  • Jumaat, 22 Ogos 2025

Tangkap layar memaparkan Ella ketika meniru gaya ibu-ibu saudaranya.

GELAGAT anak buah kepada pelakon popular, Anzalna Nasir, iaitu Anggun Darniella mencuri perhatian ramai selepas videonya meniru gaya dan karakter ibu saudara masing-masing dimuat naik di Instagram.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram milik kakak Anzalna, Diana Nasir, Anggun Darniella atau mesra dipanggil Ella dilihat menggayakan aksi empat ibu saudaranya dikenali dengan jolokan The Nasir's.

Dalam video tersebut, Ella terlebih dahulu meniru gaya Afifah yang diberi gelaran The Aussie Vibes Only, diikuti karakter Mia sebagai The Sleeping Beauty.

BACA LAGI: [VIDEO] Diana elak snek bergula untuk anak, pilih buat manisan sendiri, ibu-ibu pun boleh cuba resipi mudah!

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Hanya minta susu dan diapers’, hati Anzalna Nasir tersentuh, rider p-hailing tukar lampin anak atas motor

Keletahnya diteruskan dengan Nazirah yang disamakan dengan gelaran The Bila Jumpa Terus Do Content dan akhirnya gaya Anzalna sendiri yang terkenal sebagai The Live Queen.

“Sama tak? Idea kreatif ini semua daripada Ella. Kalau terhibur, sokonglah dengan mengundi The Angguns untuk Anugerah Si Cilik Meletop 2025,” tulisnya di ruangan kapsyen menerusi akaun Instagram @diananasir86.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut termasuk rakan artis turut terhibur dengan aksi comel tersebut.

Antara paling mencuit hati warga maya adalah ketika Ella meniru gaya ketawa besar Anzalna, yang memang dikenali sebagai seorang mudah terhibur dan gemar ketawa ketika bersiaran langsung.

“Sangat berbakatlah awak ini,” tulis pelakon, Mira Filzah.

“Ella, ahhhhh geramnya gelak Anzalna dengan makanan dia masa live,” komen seorang pengguna, ecahhhhhhhhr94.

"Anzalna itu sangat sama, makanan hidang masa live,” ujar minimalia pula.

Tidak ketinggalan, Anzalna sendiri sempat berseloroh dengan anak buahnya itu.

“Hahaha Ya Tuhan, lepas ini memang saya sekat awak di TikTok,” selorohnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram