[VIDEO] Bukan bawa bahan terlarang, anjing pengesan rupanya hidu snek di lapangan terbang Tianjin


  • Benua
  • Rabu, 20 Ogos 2025

Tangkap layar memaparkan beg seorang penumpang yang dipenuhi snek, sekali gus membuatkan anjing pengesan enggan beredar daripada bagasi berkenaan.

SATU insiden mencuit hati berlaku di sebuah lapangan terbang di China apabila pihak keselamatan menyangka anjing pengesan mereka telah berjaya mengesan barangan larangan dalam sebuah beg penumpang.

Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku pada Selasa (19 Ogos) di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianjin Binhai, China.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, anjing berkenaan dilihat enggan melepaskan beg tersebut, sekali gus menguatkan andaian bahawa ia mungkin mengandungi sesuatu yang mencurigakan.

BACA LAGI: [VIDEO] Putrajaya berhantu? Tular rakaman sesi rukyah lepas kecoh dakwaan kelibat wanita berambut panjang

BACA LAGI: [VIDEO] JDT perlukan khidmat Safawi, striker kelab Borneo tundukkan kelab Singapura 7 tahun lalu

Situasi itu membuatkan pegawai keselamatan segera melakukan pemeriksaan rapi terhadap bagasi berkenaan.

Namun, hasil pemeriksaan lanjut nyata mengejutkan apabila tiada sebarang barangan terlarang ditemui.

Sebaliknya, beg itu dipenuhi dengan pelbagai jenis snek yang mengeluarkan aroma kuat sehingga menarik perhatian haiwan berkenaan.

Tidak hairanlah haiwan terlatih itu enggan berganjak, rupanya ‘tergoda’ dengan bau makanan dan bukan kerana mengesan barangan terlarang seperti yang disangka pada awalnya.

Rakaman insiden tersebut dengan pantas tular di media sosial selepas ia dikongsikan orang ramai.

Gelagat anjing pengesan yang kelihatan begitu bersungguh-sungguh itu mengundang gelak tawa warga maya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram