
JABATAN Peguam Negara (AGC) mengambil langkah tegas apabila memutuskan untuk mendakwa beberapa suspek yang disyaki terbabit dalam kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir selepas meneliti kertas siasatan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
AGC dalam satu kenyataan menjelaskan, keputusan itu dibuat berdasarkan keterangan yang dikemukakan pihak polis dan pertuduhan tersebut tidak akan menjejaskan prosiding inkues berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu itu yang dijadualkan pada September depan.
“Walaupun keputusan untuk menuduh kesemua suspek bagi kesalahan buli sudah dibuat, ia tidak akan menjejaskan siasatan yang masih berjalan oleh PDRM berhubung kematian Zara Qairina, termasuk prosiding inkues di Mahkamah Koroner,” jelas kenyataan itu pada Isnin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
MENYUSUL...