Peguam keluarga nafi audio tular adalah jeritan suara Zara Qairina


  • Kes
  • Ahad, 10 Ogos 2025

Orang ramai sepatutnya tidak menyebarkan rakaman tersebut yang mengaitkan dengan Zara Qairina.

KELUARGA Zara Qairina menafikan yang suara jeritan dalam audio tular di media sosial adalah milik pelajar tingkatan 1 tersebut.

Menurut peguam keluarga tersebut, Hamid Ismail, dia menganggap rakaman tersebut adalah berunsurkan fitnah dan dia meminta agar orang awam berhenti menyebarkan perkara tersebut.

Sebelum ini, pada 6 Ogos, Hamid bersama rakan peguam mewakili keluarga itu, Shahlan Jufri memohon untuk rakaman tersebut dikeluarkan dari media sosial.

BACA LAGI: Kes Zara: Bedah siasat dijangka berlangsung sehingga 6 jam, proses disertai pakar forensik dari Serdang

BACA LAGI: Kes Zara: pengguna Facebook dipanggil MCMC, keluarkan kenyataan berunsur 3R

"Video memaparkan wanita menjerit itu sudah berada di TikTok. Itu bukan Zara Qairina. Orang ramai sepatutnya berhati-hati daripada menyebarkan bahan palsu, kami tidak mahu sesiapa menjadi mangsa fitnah.

"Tolong berikan sokongan kepada ibu Zara Qairina, yang sekarang mengalami tekanan emosi.

"Kepada sesiapa yang menyebarkan video atau gambar tersebut, kami minta untuk anda padamkan ia. Spekulasi sebegini hanya menambah kesedihan dan tekanan anak guam kami," katanya.

Pada Ahad, proses bedah siasat mayat Zara Qairina dilakukan di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu.

Proses tersebut dihadiri oleh ahli keluar termasuk ibunya iaitu Noraidah Lamat. — The Star/REBECCA CHONG

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram