[VIDEO] Empat termasuk 2 budak maut, seorang parah nahas bertembung treler di Gua Musang


  • Kes
  • Isnin, 11 Ogos 2025

Keadaan kereta mangsa selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 34 Felda Chiku 1, dekat Gua Musang, Kelantan pada Isnin.

EMPAT termasuk dua kanak-kanak maut dalam kemalangan di Kilometer 34 Felda Chiku 1, dekat Gua Musang, Kelantan pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, keempat- empat mangsa maut di tempat kejadian.

Difahamkan, mereka adalah penumpang di dalam sebuah kereta iaitu seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan dua kanak-kanak.

BACA LAGI: 'Teruskan berjuang dan jangan berhenti berharap', bapa Zulfarhan titip kata-kata semangat buat keluarga Zara Qairina

BACA LAGI: [VIDEO] Tarian budaya Malaysia di pusat beli-belah Hanoi berakhir tragedi, pengunjung terjatuh dari tingkat 4

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, PBK II Nik Mohd Fakri Md Nawi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 9.07 pagi.

Katanya, sebaik sampai, mereka mendapati kemalangan berlaku di antara sebuah kereta jenis Honda EK dan sebuah treler.

"Didapati lima mangsa tersepit dalam kereta.

“Seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan dua kanak-kanak disahkan meninggal dunia, manakala seorang wanita yang memandu kereta berkenaan berada dalam keadaan nazak,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, mangsa yang cedera dihantar ke hospital, manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi turut disertai sembilan anggota dari BBP Gua Musang dengan kekuatan logistik sebuah jentera Tender Penyelamat Kebakaran, kenderaan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah Kenderaan Respons Pertama jenis Mitsubishi Triton.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram