
TANDAS adalah satu kemudahan yang amat penting bagi memastikan keselesaan pengguna di mana-mana lokasi, khususnya di terminal pengangkutan awam.
Namun, isu kebersihan tandas awam di Indonesia kembali menjadi perhatian apabila masalah di Terminal Purabaya Bungurasih dekat Surabaya, Indonesia masih belum menemui jalan penyelesaian walaupun Presidennya, Prabowo Subianto sebelum ini menegaskan kepentingan standard kebersihan yang tinggi.
Dalam ucapan beliau ketika program retret baru-baru ini, Prabowo mengingatkan bahawa tandas awam perlu sentiasa kering, bersih dan selesa digunakan.
INDONESIA DARURAT TEMPAT BERAK
Padahal Pada kegiatan retret lalu kurang lebih 3 -4 menit Presiden bicara soal kebersihan toilet dan tempat-tempat pelayanan publik. Bahkan standar yang bapak Prabowo sampaikan untuk toilet itu harus kering.
Ternyata masalah toilet umum di… pic.twitter.com/SsorGWEHXd
— Miss Tweet | (@Heraloebss) August 11, 2025
Namun, realitinya berbeza di Terminal Purabaya apabila kemudahan tandas awam di dalam terminal dilaporkan ditutup sepenuhnya, sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna.
Seorang penumpang meluahkan kekecewaannya, menyifatkan penutupan tandas itu sebagai membebankan kerana ia merupakan kemudahan asas yang sepatutnya disediakan demi keselesaan penumpang.
Melalui satu video tular, kelihatan lelaki berkenaan menjerit meluahkan rasa kecewa kemudahan tandas awam itu ditutup.
"Pak Prabowo! Tandas ditutup, sakit perut pak," jeritnya di hadapan sebuah tandas yang ditutup.
Penutupan tandas awam di Terminal Purabaya itu juga menurut seorang warga maya, Dhani jelas bertentangan dengan janji kerajaan untuk memastikan kemudahan awam berada pada tahap terbaik.
"Jika isu asas seperti tandas pun gagal diurus dengan baik, bagaimana pula dengan kemudahan lain yang lebih kritikal?
"Pihak berkuasa perlu segera bertindak sebelum masalah ini menjadi simbol kegagalan menjaga hak asas pengguna," tulisnya.
Berbeza dengan Malaysia, kebanyakan terminal utama seperti Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyediakan tandas beroperasi 24 jam dan diselenggara secara berkala.
Malah, terdapat kemudahan moden seperti sistem pembersihan automatik dan petugas khas bagi memastikan tandas sentiasa boleh digunakan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram