[VIDEO] Tarian budaya Malaysia di pusat beli-belah Hanoi berakhir tragedi, pengunjung terjatuh dari tingkat 4


  • Benua
  • Isnin, 04 Ogos 2025

Seorang lelaki cedera parah selepas terjatuh dari sebuah pusat beli belah di Hanoi ketika persembahan tarian kebudayaan Malaysia pada Ahad. — Agensi

SUASANA meriah sebuah persembahan tarian kebudayaan Malaysia dalam pusat beli-belah di Hanoi, Vietnam pada Ahad bertukar cemas apabila seorang lelaki secara tiba-tiba terjatuh dari tingkat empat bangunan berkenaan.

Insiden yang berlaku sejurus selepas penari-penari negara selesai membuat persembahan itu disaksikan ratusan pengunjung, termasuk keluarga dan kanak-kanak yang hadir menyaksikan acara kebudayaan tersebut.

Rakaman kejadian yang kini tular di media sosial memaparkan mangsa terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan berhampiran pentas utama.

BACA LAGI: Hukuman pempengaruh Ija dan adik terlalu ringan jika dibandingkan kesan ditanggung pasukan SAR — Pakar Kriminalogi

BACA LAGI: 'Saya rindu rutin siapkan dia ke sekolah, ambil dari taska', ibu Naura hanya mahu keadilan buat arwah anaknya

Beberapa orang awam dilihat segera memberikan bantuan sementara menunggu ketibaan pasukan kecemasan.

 

 

 

 

Menurut wakil Aeon Mall Vietnam kepada akhbar Tuoi Tre, mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut, namun keadaan terkininya masih belum diketahui.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat lanjut dan tidak dapat mengulas lebih lanjut buat masa ini.

"Buat masa sekarang, mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah,” katanya.

Terdahulu, beberapa kejadian serupa pernah dilaporkan berlaku di Van Hanh Mall, Bandar Ho Chi Minh, melibatkan individu yang terjun dari tingkat atas pusat beli-belah berkenaan.

Rentetan insiden berulang itu, pengurusan Van Hanh Mall mengambil langkah keselamatan tambahan termasuk pemasangan jaring keselamatan di kawasan atrium bagi mengelakkan kejadian sama berulang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram