
BEKAS petinju dan penganggur yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan bertindak menyimbah thinner ke atas dua warga Malaysia sebelum membakar mereka kerana berang akibat kehilangan pekerjaan pada Khamis malam.
Ketua Polis Lumpini, Yingyos Suwanno berkata, kejadian 10 malam itu berlaku ketika mangsa, Ong Yik Leong, 26, dan Gan Xiao Zhen, 27, duduk di tangga luar pusat beli-belah Big C di pusat bandar Bangkok.
Suspek yang dikenali sebagai Varakorn Pubthaisong kemudian menuang sebotol plastik berisi bahan kimia thinner ke atas pasangan itu, yang cuba melarikan diri, lapor Bangkok Post.
BACA LAGI: Pembantu rumah Indonesia dakwa didera agensi di Sarawak sebelum dihantar pulang ikut jalan tikus
BACA LAGI: Netanyahu lulus strategi perang kuasai Gaza sepenuhnya
Menurutnya, kedua-dua pelancong berkenaan melarikan diri dalam keadaan terkejut namun suspek mengejar mereka sebelum menyalakan api.
Yingyos berkata, Varakorn cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan orang awam di lokasi kejadian.
Mangsa mengalami kecederaan parah dengan Yik Leong dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Besar Polis untuk rawatan, manakala Xiao Zhen dirawat di Hospital Memorial King Chulalongkorn.
Menurut Yingyos, kedua-dua mangsa berada dalam keadaan stabil dan akan diminta memberikan keterangan kepada polis, yang kini sedang melengkapkan pertuduhan terhadap suspek.
Varakorn mengaku kepada polis bahawa dia seorang bekas petinju dan bertindak menyerang dua warga Malaysia itu secara rawak kerana tertekan selepas dipecat daripada pekerjaan sebagai pengawal keselamatan sehingga tiada wang.
Bangkok Horror
A boxer set two Malaysiantourists on fire last night.
Police arrested the suspect — but as he stood handcuffed, furious bystanders beat him mercilessly.
Thank you to the public for standing up. Justice must be served.#Thailand #Bangkok #CentralWorld pic.twitter.com/xII2itpDcG
—Thai Law Bro (@ThaiLegal123) August 8, 2025
Dalam pada itu, laporan media memaklumkan bahawa Kuasa Usaha Perhubungan Sementara Kedutaan Besar Malaysia ke Thailand, Bong Yik Jui berkongsi bahawa kedua-dua mangsa masih dalam keadaan kritikal tetapi stabil.
Yik Jui berkata, Yik Leong melecur tahap kedua di bahagian atas badannya, kedua-dua bahagian depan dan belakang dengan kecederaan itu dianggap serius tetapi tidak mengancam nyawa.
Xiao Zhen pula mengalami 36 peratus, melecur tahap kedua tetapi keadaannya stabil dan sedar. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram