Proses gali kubur Zara Qairina selesai, bedah siasat pada Ahad


  • Massa
  • Sabtu, 09 Ogos 2025

Penggalian semula kubur Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir di Tanah Perkuburan Tanjung Ubi, Mesapol dekat Sipitang, Sabah bermula pada pukul 6 petang Sabtu.

PROSES penggalian kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir 13, di Tanah Perkuburan Tanjung Ubi, Mesapol dekat Sipitang, Sabah  selesai pada pukul 7.30 petang Sabtu. 

Proses penggalian yang bermula kira-kira pukul 4.45 petang itu dilakukan di bawah khemah sementara, selepas permohonan polis diluluskan Majistret Zuraini Ali Musa dalam prosiding di Ibu Pejabat Polis Daerah Papar.

Ia turut disaksikan ibu bapa Allahyarham, peguam keluarga serta pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) dengan kerjasama Pejabat Mufti Negeri bagi memastikan pengurusan jenazah mematuhi syariat Islam.

BACA LAGI : Peguam Negara arah gali semula kubur Zara Qairina, laksana bedah siasat

BACA LAGI :  Tindakan netizen kongsi maklumat kes Zara Qairina hanya peranan kecil, boleh cetus salah faham — Peguam

Ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan berkumpul seawal tengah hari meskipun hujan renyai, termasuk datuk Allahyarham, Hasim Tua, 83.

“Saya berharap semuanya berjalan lancar dan sebarang bukti yang ditemui dapat membantu siasatan,” katanya yang kali terakhir bertemu cucu kesayangannya itu pada sambutan hari lahirnya tahun lalu.

Penggalian mengambil masa hampir dua jam sebelum jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada jam 7.40 malam untuk proses bedah siasat. 

Peguam keluarga Zara, Hamid Ismail berkata, proses bedah siasat dijangka bermula pukul 9 pagi Ahad. — The Star/MUGUNTAN VANAR

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram