PDRM gali semula semula kubur Zara Qairina


  • Massa
  • Sabtu, 09 Ogos 2025

Penggalian semula kubur Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir di Tanah Perkuburan Tanjung Ubi, Mesapol dekat Sipitang, Sabah bermula pada pukul 6 petang Sabtu.

PENGGALIAN semula kubur Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir di Tanah Perkuburan Tanjung Ubi, Mesapol dekat Sipitang, Sabah bermula pada pukul 6 petang Sabtu dan masih berlangsung setakat ini.

Menurut peguam Hamid Ismail, jenazah mangsa dijangka dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, proses penggalian itu turut disaksikan ahli keluarga, kenalan dan penduduk setempat.

BACA LAGI : Peguam Negara arah gali semula kubur Zara Qairina, laksana bedah siasat

BACA LAGI :  Tindakan netizen kongsi maklumat kes Zara Qairina hanya peranan kecil, boleh cetus salah faham — Peguam

Mereka berkumpul di tanah perkuburan itu sejak tengah hari tadi dan tidak berganjak walaupun cuaca petang tadi mula hujan.

Untuk rekod, prosedur bedah siasat dan menggali semula mayat pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Komisioner Polis Datuk M. Kumar Muthuvelu, dalam satu kenyataan  tindakan itu diambil selepas laporan siasatan kes tersebut diteliti dan dinilai oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Beliau menjelaskan, langkah itu bertujuan memperoleh maklumat serta bukti tambahan yang diperlukan untuk melengkapkan siasatan berhubung kematian pelajar tingkatan satu itu.

Proses berkenaan akan dilaksanakan berpandukan Seksyen 331 dan Seksyen 335 Kanun Tatacara Jenayah.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan siasatan terhadap kes Zara Qairina akan dijalankan secara telus tanpa ada tolak ansur.

Anwar Ibrahim berkata, kes itu tidak boleh dipandang ringan, namun memohon orang ramai tidak menjadikannya sebagai bahan politik sekali gus membuat sebarang spekulasi yang mungkin mengundang fitnah. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram