
“ANDA boleh buka sampai 100 buah restoran, tapi saya jamin 70 daripadanya akan tutup dalam tempoh tiga tahun kecuali anda benar-benar ada minat dan komitmen.”
Demikian tegas Pengarah Urusan Kumpulan Q Bistro Restaurants, Riyasutin Mohamed Dulkif.
Kata-kata yang diungkapkan itu bukan sekadar ucapan biasa namun lahir daripada pengalaman menghadapi pelbagai rintangan serta cabaran mengendalikan bisnes.
BACA LAGI: Ramai cari penawar panas dalam, jualan 'coconut shake' dan air herba di Penang laku keras
BACA LAGI: Bawa RM10,000 naik Himalaya, 6 beradik asal Penang tak sangka buah eksotik ubah nasib keluarga
Cawangan pertama Q Bistro dibuka di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, dan sejak itu, jenama berkenaan terus berkembang hingga dikenali ramai. — FB MBSB Bank
Berdasarkan perkongsian MBSB Bank di Facebook, perjalanan Q Bistro sebenarnya bermula pada era 1960-an sebelum nama itu dikenali ramai.
Di sebuah pekan kecil di Batu Gajah, Perak, ayah kepada Riyas, Mohamed Dulkif, menjalani kehidupan sebagai peniaga nasi kandar kecil-kecilan.
Demi menyara keluarga, Dulkif pernah menjual pisang goreng di kantin sekolah, cendol di tepi jalan Sungai Besi sebelum mengusahakan gerai roti canai di Cheras bersama isterinya.
Pada waktu pagi, dia akan memandu van sekolah sebelum kembali ke dapur gerai pada sebelah petang.
Kehidupan keluarga itu berubah secara drastik apabila Dulkif meninggal dunia secara mengejut pada tahun 1993, ketika baru berusia 51 tahun.
Q Bistro menawarkan aneka pilihan kari dan lauk nasi kandar. — FB MBSB Bank
Riyas, anak lelaki sulung dalam keluarga, ketika itu hanya baru berumur 13 tahun.
“Selepas balik sekolah, saya akan bantu ibu di gerai. Dari situ saya belajar tentang perniagaan.
"Pengalaman itu bukan dari buku, tetapi dengan melihat ketabahan ibu yang tak pernah berhenti berusaha untuk kami,” kata Riyas mengenang kembali detik-detik awal kehidupannya.
Dari situ, minat Riyas terhadap perniagaan makanan timbul dan tidak pernah padam walaupun dia diuji dengan pelbagai dugaan.
Pada usia 17 tahun, Riyas bersama sahabat baiknya membuka sebuah gerai kecil yang hanya beroperasi waktu malam di Pandan Perdana.
Dua tahun kemudian, berbekalkan sokongan kewangan RM30,000 daripada ibunya, mereka membuka restoran pertama secara rasmi yang dinamakan Hajris.
Langkah itu menjadi titik perubahan besar dalam hidup Riyas.
Riyas bukan sekadar untuk berniaga, tetapi sebagai komitmen untuk mengangkat minatnya dalam bidang makanan ke tahap profesional.
Tahun 2008 menyaksikan kelahiran Q Bistro, hasil cetusan idea Riyas dan rakan-rakan dengan misi yang lebih jelas.
Mereka memperbaharui konsep kedai mamak tradisional kepada sesuatu yang lebih moden, inklusif dan meriah, namun masih berakar dalam budaya Malaysia.
Q Bistro menawarkan konsep kedai mamak yang lebih moden. — FB MBSB Bank
Cawangan pertama Q Bistro dibuka di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, dan sejak itu, jenama berkenaan terus berkembang.
Kini, Q Bistro bukan sekadar nama dalam industri makanan dan minuman.
Ia merupakan rangkaian yang memiliki 23 cawangan dan terus berkembang saban tahun.
Namun bagi Riyas, Q Bistro bukan seksial.adar keuntungan, angka atau kejayaan komer
“Ia adalah kesinambungan semangat ayah saya, kekuatan ibu saya dan 'api' dalam diri saya untuk membina sesuatu yang berkekalan dan bermakna,” katanya penuh emosi.
Di sebalik semua itu, Riyas menegaskan bahawa dunia perniagaan makanan bukanlah semudah yang disangka.
"Ramai buka restoran dengan harapan tinggi, tetapi tak semua sanggup hadapi kesukaran di belakang tabir.
"Anda perlukan lebih daripada modal, kena ada minat, jiwa dan komitmen tinggi jiwa,” kata Riyas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram