
JALAN raya adalah milik semua dan kita berhak untuk menggunakannya sambil mematuhi peraturan ditetapkan.
Akan tetapi, harus diakui kadang kala akan berlaku kejadian tidak diingini sehingga menyebabkan kemalangan dan kes polis.
Akan tetapi, ia berpotensi menjadi lebih rumit sekiranya kes tersebut berlaku melibatkan penjawat awam.
BACA LAGI: Kes Zara Qairina: Hormati prosedur, bukan cipta naratif awal tanpa siasatan lengkap — Peguam
BACA LAGI: NFA tak bermakna kes serangan asid Faisal Halim tidak boleh disiasat lagi — Azalina
Itulah yang terjadi kepada seorang warganet, Ahmad Fariz selepas berdepan pembuli jalan raya ketika sedang memandu.
Dia sudah pun melakukan laporan polis mengenai insiden yang dihadapinya, namun malang buatnya apabila tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap kesnya.
Fariz mendakwa yang kesnya dikelaskan sebagai NFA kerana suspek yang melakukan provokasi terhadapnya adalah seorang penjawat awam.
Malah, dia sudah melakukan laporan polis sebanyak dua kali, namun tiada tindakan lanjut diambil terhadap suspek.
"Aduan sudah dibuat, malah siap kena ugut lagi. Dua kali buat aduan pada hari yang sama, pagi dan petang 16 Julai 2025.
"Tapi pembantu pegawai penyiasat cakap kes video dari dashcam ni pihak pendakwa bagi NFA je, kes akan dibuat kerana sebab pelaku merupakan penjawat awam, biasanya kalau macam tu memang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang putuskan," katanya.
Lebih menghampakan apabila Fariz mendakwa yang dia pula dipersalahkan kerana membunyikan hon seolah-olah punca kepada provokasi berlaku.
Kerana itu, kesnya dihadapinya beraksi begitu saja.
"Tambahan pula, DPP mencadangkan untuk saya pula dituduh kerana saya bunyikan hon.
"Sudahnya kes saya ni senyap sunyi dan lenyap begitu saja," ujarnya kehampaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram