
SEKURANG-KURANGNYA 23 orang cedera, termasuk tiga parah apabila sebuah permainan di taman tema Green Mountain di Jeddah, Arab Saudi runtuh semasa beroperasi lalu menyebabkan para penumpang terhempas ke tanah pada Khamis.
Rakaman video yang disahkan oleh CNN menunjukkan permainan '360 Big Pendulum' tiba-tiba runtuh ketika berayun, menyebabkan struktur karusel bulat yang membawa penumpang terhentak ke bahagian bertentangan sebelum jatuh ke lantai dengan kuat.
Berdasarkan rakaman video yang dikongsikan juga, jeritan penumpang yang ketakutan turut kedengaran dalam video tersebut.
BACA LAGI: Lepas gempa bumi di Rusia, salah satu gunung berapi tertinggi dunia pula meletus
BACA LAGI: [VIDEO] Oprah Winfrey buka laluan persendirian, bantu penduduk Hawaii berlindung ancaman tsunami
Menurut laporan Arab News, kemalangan berlaku di kawasan Al-Hada berhampiran bandar Jeddah dengan Gabenor wilayah, Putera Saud Nahar Saud Abdulaziz sudah mengarahkan penutupan serta-merta resort tersebut bagi memberi laluan kepada siasatan.
Memetik laporan Yahoo News, saksi kejadian melaporkan bahawa walaupun semua penumpang telah dipasang dengan tali pinggang keselamatan, mereka tetap mengalami kecederaan akibat impak kuat runtuhan.
Salah satu punca kecederaan dikatakan berpunca daripada tiang tengah permainan yang melantun dengan kuat selepas keruntuhan berlaku.
Pasukan kecemasan segera memberikan rawatan awal di lokasi kejadian sebelum mangsa-mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Amusement park ride in Saudi Arabia snapped in half.
Reportedly over 20 injured but 0 fatalities which is surprising after watching video... #SaudiArabia #360BigPendulum #ride #Fail #FAFO #السعودية pic.twitter.com/FFS8Omw8Xp
— Mrgunsngear (@Mrgunsngear) July 31, 2025
Setakat ini, kawasan sekitar permainan tersebut telah ditutup dan dipagari bagi tujuan penyiasatan dengan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Insiden di Green Mountain itu menambah kepada siri kejadian melibatkan permainan taman hiburan di seluruh dunia.
Di Amerika Syarikat, taman tema Cedar Point di Sandusky, Ohio yang turut menghadapi masalah teknikal pada permainan baharu mereka 'Siren’s Curse' hingga menyebabkan penumpang beberapa kali terkandas.
Sementara itu, insiden di Ecuador turut mencetuskan kebimbangan apabila dua gondola tercabut dari permainan udara tinggi di sebuah taman hiburan bergerak menyebabkan sepuluh orang cedera, termasuk enam dalam keadaan kritikal pada Oktober lalu.
Pihak berkuasa Arab Saudi dijangka mengumumkan hasil siasatan dalam masa terdekat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram