Anakanda Sultan Perak antara 40 mangsa disengat obor-obor di Teluk Senangin


  • Massa
  • Sabtu, 02 Ogos 2025

Para mangsa menerima rawatan selepas disengat oleh obor-obor di Pantai Teluk Senangin, Perak.

SERAMAI 40 orang termasuklah anakanda Sultan Perak, Raja Kecil Besar Raja Azlan Muzzaffar Shah antara yang menjadi mangsa disengat obor-obor di acara sukan laut dekat Pantai Teluk Senangin, Perak pada Sabtu.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak, terdapat dua mangsa berumur 9 dan 10 tahun perlu dikejarkan ke Hospital Seri Manjung.

Manakala, Raja Azlan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius dan dibenarkan meneruskan pertandingan.

BACA LAGI: Hati-hati warga Ipoh, polis beri amaran berita palsu agihan wang sempena pertabalan 'Raja Di-Hilir Perak'

BACA LAGI: Ibu bapa berdepan denda RM5,000 atau penjara jika gagal hantar anak bersekolah menengah

Dikatakan mangsa-mangsa mengalami kesakitan sebaik saja memulakan acara dan itu berjaya disedari oleh pasukan kesihatan pertandingan.

Rawatan awal sudah pun diberikan sebelum pihak APM tiba dan mengambil alih situasi tersebut.

“Dalam 30 hingga 40 perenang disengat, kemungkinan oleh obor-obor, sebaik saja acara bermula.

“Rawatan awal sudah diberikan di tempat kejadian dengan oleh pihak APM dan pasukan perubatan daripada agensi awam dan swasta,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram