
JARINGAN Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyatakan terdapat sesetengah majikan masih menggunakan kadar lama dari segi penetapan gaji minimum.
Ini adalah jelas bertentangan dengan kenaikan gaji minima daripada RM1,500 ke RM1,700 daripada kerajaan bermula Februari lalu berdasarkan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024 di bawah Seksyen 32 Akta Majlis Perundangan Negara 2011 (Akta 732).
"Sejak Mac 2025, kami terima aduan daripada pekerja terutamanya pekerja kontrak seperti pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan.
"Dalam isu gaji minima ini, golongan inilah yang paling terjejas dengan sistem kontrak yang disalahguna oleh kontraktor Kerajaan.
BACA LAGI: Malas pikul ‘beban’, suami zalim cerai isteri ketika sakit
BACA LAGI: Pendekatan zalim KKM bakal undang padah — PPIM
Peraturan baharu kerajaan menetapkan gaji minimum adalah pada kadar RM1,700 sebulan.
"Alasan yang digunakan majikan kontraktor adalah tender tidak diperbaharui dan mereka masih menggunapakai tender dengan kadar gaji yang lama.
"Alasan inilah yang sering digunakan kontraktor dan bangunan Kerajaan untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab mereka," tulis kenyataan itu.
Berdasarkan kenyataan dikeluarkan pada Khamis, kontraktor dimaksudkan ialah mereka yang meraih tender daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Lebih teruk lagi, terdapat juga individu yang terus terkesan dengan penindasan majikan apabila hanya menerima gaji serendah RM1,200 yang jelas kurang RM300 berbanding kadar minimum ditetapkan.
Jelas JPKK, isu tersebut terus berulang kerana kerajaan terlalu berlembut dengan pihak kontraktor sehingga memberikan mereka mengambil kesempatan dan tidak mengikut undang-undang.
Pengawal keselamatan juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa kelicikan sesetengah majikan.
"Yang sedihnya, majikan kontraktor menggunakan helah lain yang mana peningkatan gaji minima ini di-offset dengan memanupulasi bayaran lebih masa (OT) dan menghapuskan elaun tetap yang diberikan sebelum kenaikan gaji minima.
"Tindakan dan taktik ini menidakkan usaha kerajaan untuk menaikkan gaji asas pekerja bawahan. Sudah tiba masanya majikan yang membuat manupulasi ini diambil tindakan tegas, termasuk tindakan menggantikan kontrak mereka dengan serta merta," tulisnya lagi.
Tambahnya, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) perlu mengambil tindakan tegas pada Ogos depan dengan menutup kelompongan tersebut selain memastikan pihak yang melakukan kesalahan tersebut dikenakan tindakan undang-undang.
Selain itu, usaha untuk mengawal selia pelaksanaan gaji minima perlu dilaksanakan secara kerap bagi memastikan setiap pekerja menerima hak seperti mana ditetapkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram