Bukan langgar lari, warga emas elak anjing melintas sebelum rempuh 3 kereta — Polis Gombak


  • Kes
  • Ahad, 20 Jul 2025

Tangkap layar sebuah kenderaan melanggar tiga buah kereta di Taman Sri Gombak pada Ahad.

POLIS menafikan dakwaan tular di media sosial yang mendakwa kejadian sebuah kereta melanggar tiga kenderaan lain di Taman Sri Gombak dekat Gombak, Selangor sebagai insiden langgar lari.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan mendapati pemandu terlibat telah tampil membuat laporan polis pada Sabtu. 

"Pemandu lelaki berusia 68 tahun itu memandu dari arah Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur menuju ke Sri Gombak. 

BACA LAGI : 'Tiada lagi port jenayah', Kerteh FC beri nafas baharu bukan saja fans, malah stadium di Terengganu

BACA LAGI : 'Pelajar trauma, ramai minta balik rumah', guru bimbang kes buli Zara Qairina kikis kepercayaan terhadap sekolah

"Ketika melalui kawasan Taman Sri Gombak, dia secara tiba-tiba mengelak seekor anjing yang melintas jalan.

"Tindakan itu menyebabkan dia hilang kawalan sebelum merempuh tiga buah kenderaan yang diletakkan di bahu jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, tiada kecederaan dilaporkan, dan semua pihak terlibat telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. 

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan atau menyebarkan maklumat tidak sahih di media sosial.

Terdahulu, tular satu video memaparkan sebuah kereta merempuh tiga buah kenderaan lain yang diparkir di tepi jalan kawasan perumahan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram