[VIDEO] Lelaki berparang mengamuk ketika operasi roboh struktur haram DBKL dicekup


  • Kes
  • Selasa, 15 Jul 2025

Tangkap layar seorang lelaki yang bertindak agresif dengan melibas parang ke arah anggota penguat kuasa DBKL ketika menjalankan operasi meroboh struktur haram di Desa Pandan pada Selasa.

SEORANG lelaki yang bertindak agresif dengan melibas parang ke arah anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika menjalankan operasi meroboh struktur haram di Desa Pandan, Kuala Lumpur ditahan polis pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, insiden berlaku di Desa Pandan ketika Ops Roboh, iaitu operasi yang menyasarkan struktur haram di sepanjang laluan pejalan kaki.

"Pada pukul 11.17 pagi Selasa, suspek datang dengan membawa parang dan memaki hamun anggota penguat kuasa.

BACA LAGI : TERKINI: Suami ada sejarah serangan jantung ketika memandu, kereta ditemukan dalam sungai di Muar

BACA LAGI : [VIDEO] Remaja 17 tahun maut dihempap pokok ketika memancing di Ayer Baloi

"Sebuah pisau turut dirampas dan suspek berusia 43 tahun itu telah ditahan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugasnya.

Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan lelaki itu melibas senjata turut dimuat naik ke media sosial, dan kedengaran dia menjerit ke arah individu di luar kamera. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram