[VIDEO] Perahu ada kesan gigitan, nelayan ditemukan maut disyaki dibaham buaya di Sandakan


  • Kes
  • Rabu, 16 Jul 2025

Mayat seorang lelaki warga asing yang dilaporkan hilang dipercayai diserang buaya ditemukan kira-kira 1 kilometer dari botnya. — Facebook

SEORANG nelayan yang dilaporkan hilang dan dipercayai diserang buaya di sebatang sungai berhampiran Taman Kenari, Batu 7, Sandakan, Sabah pada Isnin (14 Julai), ditemukan meninggal dunia pada petang Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung berkata, mayat Obing Markum, berusia dalam lingkungan 30-an, ditemukan pada pukul 2.10 petang kira-kira satu kilometer dari lokasi botnya ditemui, semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Mangsa keluar memancing kira-kira pukul 6 petang sebelum botnya kemudian ditemui penduduk kampung dengan kesan gigitan yang kelihatan seperti gigitan buaya.

BACA LAGI: Ugut samun rompak dalam tempoh 5 jam sekitar Alor Gajah, lelaki 'lalok' akhirnya dicekup

BACA LAGI: Waspada taktik licik warga asing si tukang rumah 'segera', ugut pelanggan jika lapor polis

"Kami memulakan operasi mencari pada pukul 8.57 pagi dibantu oleh anggota dari Jabatan Hidupan Liar, Angkatan Pertahanan Awam, Pasukan Polis Marin dan anggota masyarakat awam," katanya.

Jimmy berkata, mayat lelaki warga asing itu kemudian diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Sandakan untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat tamat pada pukul 3.40 petang. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram