Isu jual arak sekolah di Pontian, KPM akan ambil tindakan


  • Massa
  • Sabtu, 12 Jul 2025

Tangkap layar majlis lelongan harga minuman keras dilapor telah diadakan di sebuah dewan sekolah rendah di Pekan Nanas, Pontian pada minggu lalu.

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat insiden penjualan arak di sebuah premis dalam kawasan sekolah seperti yang tular baru-baru ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku atau pelanggaran peraturan yang melibatkan institusi pendidikan.

BACA LAGI: Nahas helikopter Sungai Pulai: 2 kritikal, Ketua Polis Negara nafi dakwaan aset lama punca kejadian

BACA LAGI: [VIDEO] Nahas Senawang: Pemandu Proton Satria direman, negatif dadah — Polis

"Kita dah serahkan kepada pihak autoriti untuk menyiasat dan kita tidak kompromi dalam mana-mana salah laku ataupun pelanggaran peraturan. Kita akan ambil tindakan," katanya pada majlis perasmian penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Terengganu, di Kuala Terengganu, Terengganu.

Beliau berkata, siasatan juga masih dijalankan pihak berkuasa termasuk insiden pergaduhan semasa majlis lelongan itu diadakan dan KPM akan memantau perkembangan kes itu dari semasa ke semasa bagi memastikan ketetapan peraturan ditegaskan semula serta tindakan yang perlu.

ALOR SETAR, 12 Feb -- Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Seminar Wakil Sekolah Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) peringkat Kebangsaan 2023 di sini malam tadi.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Tular baru-baru ini, fasiliti sebuah sekolah rendah di Pontian, Johor digunakan bagi penganjuran jualan lelong arak sehingga mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat dan dilaporkan turut berlaku kes pergaduhan dalam majlis itu.

Susulan itu, seramai 18 lelaki tempatan berusia antara 17 hingga 48 tahun telah ditahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Shofee Tayib dilaporkan berkata, empat individu telah mengaku bersalah dan didenda RM700 setiap seorang atas kesalahan menyebabkan pergaduhan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Manakala, empat belas lagi individu dibebaskan dengan jaminan dan tiada tindakan diambil terhadap penganjur. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram