Peter Tabichi, guru yang sanggup dipotong gaji hingga 80 peratus demi mencurah ilmu


  • Massa
  • Selasa, 08 Jul 2025

Tabichi (tengah) ketika menerima Hadiah Guru Global di UAE pada 2019 atas hasil usaha dicurahkannya.

PENGORBANAN guru dalam mendidik anak murid sememangnya wajar dikenang memandangkan setiap usaha dan wang ringgit dilaburkan untuk mengurangkan beban membuka langkah cerah untuk pelajar melangkah ke depan.

Namun, bagi Peter Tabichi yang merupakan guru sains di Sekolah Menengah Keriko Mixed Day di Perkampungan Pwani sekitar Great Rift Valley, Kenya, pengorbanan dilakukan buat murid-murid sememangnya lain dari kebiasaan.

Ini kerana dia sanggup mengorbankan 80 peratus dari gaji diterimanya untuk membantu pelajar membeli barangan keperluan asas, termasuk uniform dan buku diperlukan bagi tujuan persekolahan.

BACA LAGI: Hanya guna perkakas dapur, DJ DIY di Kenya jadi inspirasi golongan muda cari rezeki

BACA LAGI: Polis Kenya pilih Proton X70 sebagai kenderaan rasmi

Tabichi sanggup membelanjakan 80 peratus dari gajinya bagi pembangunan murid di Kenya. Agensi

Tidak terhenti di situ, Tabichi turut membantu anak muridnya menyerlah dalam pertandingan sains peringkat Kenya selepas menghasilkan alatan ukuran yang boleh digunakan Orang Kelainan Upaya (OKU) pendengaran dan penglihatan.

Hasil daripada tunjuk ajar guru tersebut menyaksikan sekolah tersebut menerima anugerah dari Institut Kimia Diraja di samping layak ke Pameran Sains dan Kejuruteraan Intel di Amerika Syarikat.

Setiap pengorbanan dilakukan jelas membuahkan hasil apabila Tabichi bukan sahaja melahirkan masyarakat lebih cerah di Kenya, malah dia menerima Hadiah Guru Global dari Yayasan Varkey 2019.

Ini merupakan satu pencapaian cukup membanggakan kerana dia diangkat daripada 10,000 calon dari 174 negara dalam majlis diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada tahun tersebut.

Image ref 79282720. Copyright Rex Shutterstock No reproduction without permission. Please see www.rexfeatures.com for more information.

Pengorbanan Tabichi berjaya melahirkan ramai anak muridnya yang berjaya. Agensi

“Setiap hari di Afrika kami membuka muka surat baru dan bab baru. Hadiah ini tidak sekadar mengiktiraf saya tetapi mengiktiraf golongan muda di benua itu. Saya di sini kerana pencapaian pelajar saya.

"Saya seakan-akan tidak boleh mempercayainya. Saya berasa sungguh gembira apabila dipilih sebagai cikgu yang terbaik di dunia. Saya akan pastikan wang kejayaan diterima akan kembali kepada masyarakat," katanya.

Kejayaan itu menyaksikan Tabichi membawa pulang $1 juta atau kira-kira RM4 juta berdasarkan tukaran ketika itu dengan ganjaran diterima dilaburkan bagi mencipta masa depan lebih cerah di Kenya.

Kini, selepas enam tahun menerima anugerah tersebut, guru tersebut masih terus aktif membantu meringankan beban penduduk di Kenya, namun tidak lagi berada di Sekolah Menengah Keriko.

Tabichi menerima segulung ijazah dari Kolej Universiti London baru-baru ini. — X/Peter Tabichi

Berdasarkan perkongsian di laman X peribadinya, Tabichi mengucapkan selamat tinggal kepada sekolah berkenaan pada 9 Mei lalu dengan langkah tersebut diambil bagi membolehkannya membantu lebih ramai yang memerlukan.

"Selepas 10 tahun yang menakjubkan di Sekolah Menengah Keriko, tiba masanya untuk ucapkan selamat tinggal. Bermula dengan hanya sebuah komputer dan akhirnya melangkah ke inovasi peringkat global, kita buktikan keunggulan daripada permulaan sederhana.

"Misi ini akan diteruskan, saya tidak meninggalkan pendidikan, saya hanya mengembangkan kelas ini," tulisnya sambil menyertakan kepingan gambar memaparkannya bersama tenaga pengajar lain.

Malah, dia turut menerima ijazah sarjana dalam jurusan Pendidikan & Perkembangan Antarabangsa dari Kolej Universiti London, namun tidak meninggalkan tugasnya sebagai seorang guru. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram