Polis Kenya pilih Proton X70 sebagai kenderaan rasmi


  • Benua
  • Ahad, 21 Nov 2021

MAJLIS penyerahan 30 buah SUV Proton X70 yang diadakan di Ibu Pejabat Simba Corporation di Mombasa Road, Kenya pada Jumaat. — Facebook/Proton Kenya

NEGARA Kenya memilih untuk menggunakan Proton X70 sebagai satu daripada kenderaan rasmi polis mereka.

Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Facebook, Proton Kenya yang memberitahu bahawa sebanyak 30 unit SUV Proton X70 akan digunakan untuk Kenya Police Service.

Menurut kenyataan itu juga, Proton X70 dipilih kerana mampu membawakan gaya yang unggul, stabiliti lebih baik dan keselesaan buat Polis Negara Kenya semasa melaksanakan mandat mereka.

Antara varian warna yang tidak ada bagi pasaran X70 di Malaysia. — Facebook/Proton Kenya

Menurut Proton Kenya, SUV tersebut yang mempunyai dua warna, biru dan hijau yang sebelum ini tidak pernah ditawarkan di Malaysia.

Majlis penyerahan 30 buah SUV Proton X70 itu telah diadakan di Ibu Pejabat Simba Corporation di Mombasa Road, Kenya pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Kenya, Polis, Proton X70, Kereta