[VIDEO] Feri karam Bali: Famili Fauzey Awang tak putus harapan, tetap nantikan kepulangan bapa saudara


  • Massa
  • Sabtu, 05 Jul 2025

Operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan dengan bantuan agensi penyelamat antarabangsa. — Facebook

SEORANG rakyat Malaysia dilaporkan antara 29 mangsa yang masih hilang dalam tragedi feri karam di perairan Selat Bali, Indonesia pada Rabu.

Laporan media tempatan mengenal pasti individu berkenaan sebagai Fauzey Awang, 55, dipercayai berada di dalam sebuah van pelancong yang turut dibawa bersama feri KMP Tunu Pratama Jaya.

Difahamkan, beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai, Bali, selepas menaiki van terbabit dari Pelabuhan Ketapang, Banyuwangi, Jawa Timur.

BACA LAGI: AS mula 'goyang', minta China pujuk Iran tak tutup Selat Hormuz

BACA LAGI: [VIDEO] Content suami isteri 'bergaduh' dah sampai ke merata dunia, wartawan Israel pandai-pandai buat spekulasi

Fauzey Awang antara 29 mangsa yang masih hilang dalam tragedi feri karam di Selat Bali. Agensi

Mangsa dikenali sebagai Fauzey yang juga merupakan bapa saudara kepada salah seorang ahli keluarga kini sedang menanti penuh harapan.

Menurut satu hantaran di laman Facebook daripada pihak keluarga, Nor Afizah, mereka amat berharap agar Fauzey dapat ditemui semula dalam keadaan selamat.

"Salah sorang mangsa rakyat Malaysia bot karam dekat Bali, bapa saudara saya, Fauzey Awang, besar harapan kami agar dapat ditemui semula..Aamiin," katanya.

Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan dengan bantuan agensi penyelamat antarabangsa.

Dalam perkembangan lain, menurut pegawai operasi Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional, Ribut Eko Suyatno, setakat ini, 29 orang masih dilaporkan hilang, enam mayat sudah ditemui.

Laporan awal menyebut gabungan cuaca buruk, ombak besar dan kebocoran ruang enjin sebagai punca kemungkinan tragedi, namun siasatan masih dijalankan secara menyeluruh merangkumi aspek keselamatan kapal, penyelenggaraan dan prosedur evakuasi.

Feri KMP Tunu Pratama Jaya dilaporkan membawa 53 penumpang, 12 anak kapal dan 22 kenderaan ketika berlepas dari Pelabuhan Ketapang di Jawa Timur menuju Pelabuhan Gilimanuk di Bali sekitar pukul 11 malam waktu tempatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram