
SEORANG peminat National Football League (NFL) didakwa melakukan sihir menggunakan patung kecil (vodoo) menyerupai quarterback Kansas City Chiefs, Patrick Mahomes semasa kekalahan besar pasukan itu kepada Philadelphia Eagles dalam perlawanan Super Bowl LIX di New Orleans pada Februari lalu.
Selepas Eagles menafikan Chiefs merebut gelaran tiga kali berturut-turut, Mahomes, 29, menganggap kekalahan itu sebagai perkara paling teruk di dunia dan akan terus menjadi ingatan sepanjang kariernya.
“Saya jadikan kekalahan ini sebagai motivasi untuk terus memperbaiki diri kerana peluang bermain di Super Bowl sangat terhad dan harus dimanfaatkan sebaik mungkin. Memang sakit, tapi kita perlu bangkit,” katanya.
BACA LAGI: 'Roket Bosnia' tiba di Pulau Pinang, Sipovac sedia gegar Liga Super bersama Harimau Kumbang
BACA LAGI: Keadaan tip-top bertaraf dunia, cuma 3 stadium tanah air sepi 'tak berpenghuni'
Namun, persembahan hambar Mahomes dan pasukan didakwa ada kaitan dengan seorang wanita penyokong Eagles yang didakwa melakukan ilmu hitam di Stadium Caesars Superdome.
Dalam satu video tular di media sosial, wanita berpakaian hijau dipercayai penyokong Eagles dilihat menghayun dan mencucuk patung Mahomes yang memakai jersi nombor 15 dengan jarum secara berulang kali.
Video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat sukan, ada yang terhibur, manakala ada juga yang risau akan kesan sihir tersebut.
Walaupun begitu, Mahomes tetap mengambil tanggungjawab penuh atas prestasi buruknya dan bertekad belajar dari pengalaman untuk memperbaiki permainan di masa depan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram