
INDUSTRI batik kini menjadi antara cabang ekonomi kreatif yang mencerminkan keunikan serta padat dengan nilai tradisi dan budaya masyarakat di Malaysia.
Jika dibandingkan dengan batik negara lain, Malaysia lebih cenderung memiliki motif atau corak lebih besar dan didominasi warna-warna cerah.
Teknik mencanting juga sangat sinonim dalam proses penghasilan batik iaitu menggunakan lilin yang dicairkan di atas kain kosong.
BACA LAGI: [VIDEO] Berniaga sambil sedekah, pasang niat infak bakar semangat Norsham jual rempeyek kuaci
BACA LAGI: [VIDEO] Tak perlu produk moden, guna santan jadikan 'mask', bantu masalah rambut kelemumur
Kreativiti dicurahkan melalui teknik batik tanah liat.
Ia pada masa sama memerlukan ketelitian tinggi dan memakan masa sekali menjadikan setiap helaian batik sebagai karya seni yang unik dan bernilai.
Namun, seiring perkembangan masa dan kreativiti tanpa batas, pendekatan baharu dalam penghasilan batik mula diperkenalkan iaitu menggunakan menggunakan tanah liat sebagai bahan utama.
Batik tanah liat merupakan sejenis kemasan alternatif yang juga dihasilkan menggunakan bahan penghalang warna batik berasaskan tanah liat untuk menggantikan peranan lilin dan rosi serta menggunakan teknik membatik seperti terapan blok,,stensil serta sutera saring.
Inovasi yang awalnya dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia melalui Kraftangan Malaysia Cawangan Perak selaku Pusat Inovasi Kraf Seramik kini berkembang sehingga ke komuniti Pusat Wanita Berdaya (PWB) Wanita Berdaya Selangor (WBS) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor.
Antara pengusahanya, Zanzilawati Porto kini giat memperkenalkan dan memasarkan produk berasaskan batik tanah liat.
Bersyukur diberi peluang besar oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Kraftangan Selangor, Zanzilawati atau mesra disapa Izan menjadikan batik sebagai sumber pendapatan utamanya.
Dari mesin jahit sehingga ke batik tanah liat, semua produk pakaian dihasilkannya dilakukan di rumah.
Batik tanah liat menggunakan teknik tekapan di atas kain cotton.
Batik tanah liat
Ringkas, praktikal, mudah dan jimat. Itu yang boleh digambarkan bagi teknik batik tersebut.
"Kalau nak dibandingkan dengan teknik mencanting yang guna lilin dan api, batik tanah liat lebih mudah.
"Prosesnya tidak begitu renyah sebab bekalan bahan termasuk motif kita boleh dapatkan dari pihak Kraftangan Selangor.
"Sebenarnya ada tiga fasa untuk buat batik tanah liat iaitu, marble, wash dan pencelupan guna pewarna remazol," katanya.
Izan bagaimanapun berkata, tidak semua jenis kain sesuai digunakan untuk menghasilkan batik tanah liat.
Katanya, hanya kain jenis 100 peratus cotton serasi dan mudah menyerap warna dengan baik.
"Kalau guna kain jenis lain seperti songket, poliester atau lain-lain warna tak masuk dan hasilnya tak akan cantik.
"Kain jenis cotton viscose lebih sesuai sebab ada tesktur halus dan lembut," jelasnya.
Meskipun bahannya lebih 50 peratus menggunakan tanah liat, tetapi harga yang dijual untuk satu baju batik sekitar RM100 ke atas.
Antara bahan campuran yang dimasukkan dalam tanah liat untuk mengekalkan warna pada kain.
Hal ini kerana, terdapat beberapa lagi bahan campuran yang digunakan untuk mematikan warna bagi mengelakkan ia luntur selepas dibasuh.
Bagi Izan, antara kelebihan batik tanah liat adalah coraknya yang boleh dimanipulasi dan dikembangkan menjadi motif unik.
"Biasanya kalau canting batik mungkin susah bila corak tak jadi, tapi kalau tanah liat ini tak menjadi pun kita boleh tekap semula untuk buat motif baharu.
"Ada kalanya rasa warna tidak cantik, kita tambah lagi corak, ubah motif.
"Dia tetap boleh dijual sebab seni ni subjektif. Orang seni akan nampak keunikan itu," ujarnya.
Izan pada masa sama berharap agar dapat membuka sebuah premis atau butiknya sendiri di kawasan Tanjung Sepat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram