
KEHARMONIAN rumah tangga pastinya boleh dikecapi apabila kedua-dua pasangan mencapai persetujuan dalam membuat sebarang keputusan.
Antara perkara penting yang sering menjadi perdebatan adalah keputusan untuk berhijrah ke kampung halaman salah seorang pasangan sama ada pihak suami atau isteri.
Tindakan itu bukan sekadar tentang tempat tinggal, tetapi turut melibatkan aspek emosi, sokongan keluarga serta kesejahteraan hubungan jangka panjang.
BACA LAGI: Derita wanita ditinggalkan suami, lumpuh lepas beranak czer, tulang belakang mereput
BACA LAGI: [VIDEO] Tak perlu produk moden, guna santan jadikan 'mask', bantu masalah rambut kelemumur
Kebahagiaan sesebuah keluarga terletak pada cara pasangan menguruskan konflik dan mencari persetujuan dalam membuat keputusan. — Gambar hiasan/Facebook Adam Kelvin
Memenuhi hasrat pasangan untuk kembali ke pangkuan keluarga juga merupakan satu bentuk pengorbanan yang besar namun sangat bermakna dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Begitulah yang dilalui oleh pasangan suami isteri yang kini menetap di Kedah bersama keluarganya.
Berdasarkan perkongsian pengguna Facebook Adam Kelvin, dia sanggup menukar dan meninggalkan kehidupan bandar untuk memulakan hidup baharu di kampung halaman isterinya di Kedah.
Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas isterinya menyatakan hasrat untuk tinggal berdekatan dengan tempat tinggal ibunya selepas sekian lama berjauhan sejak melanjutkan pengajian sehingga masuk ke alam perkahwinan.
"Dia kata lebih tenang di kampungnya. Baginya, duduk dekat dengan uminya (ibu) dah mencukupi. Itu sahaja yang dia nak.
"Sebab hidup saya memang di bandar sejak kecil sampailah ke dewasa. Dah terbiasa dengan gaya hidup bandar.
"Saya tak fikir banyak sebenarnya. Bagi saya, mana-mana pun boleh asalkan anak dan isteri ada sekali, saya rasa dah lengkap, boleh hidup," tulisnya.
Adam turut menyifatkan hubungan antara isteri dan ibunya sangat akrab dan penuh dengan kasih sayang.
"Saya faham perasaan isteri sebab hubungan dengan uminya 100 kali ganda lebih rapat berbanding hubungan saya dengan keluarga saya.
"Lagi jelas bila tengok keakraban anak dengan isteri termasuk saya. Tetapi, bila dah bertukar gaya hidup ini, memang membajak sawah setiap petang," tambahnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram