
HIDUP berumah tangga bukan sekadar berkongsi tempat tinggal atau rutin harian, malah menuntut komitmen untuk saling memahami, menghormati dan menyokong usaha sesama pasangan dalam setiap aspek kehidupan.
Pasangan yang saling memberi dorongan terutama melibatkan aspek minat dan kerjaya juga mampu membina hubungan yang lebih harmoni.
Sama seperti video dikongsikan oleh pengguna akaun Thread @findfaiqq baru-baru ini yang memaparkan usaha seorang suami yang menghadiahkan dua buah gerai mini eksklusif sebagai tanda sokongan terhadap perniagaan isterinya.
BACA LAGI: [VIDEO] Berniaga sambil sedekah, pasang niat infak bakar semangat Norsham jual rempeyek kuaci
BACA LAGI: [VIDEO] Tak perlu produk moden, guna santan jadikan 'mask', bantu masalah rambut kelemumur
Dalam video sama, gerai mini tersebut juga direka sendiri oleh lelaki berkenaan sebelum membuat tempahan.
Gerai mini bertema merah putih yang direka khas oleh suaminya itu dibina dengan penuh teliti dan kelihatan premium serta dilengkapi dengan dekorasi dan jenama perniagaan biskut isterinya, Shead Cookies.
Berdasarkan perkongsian itu, pasangan tersebut menjalakan perniagaan kecil-kecilan menjual biskut buatan sendiri di kawasan Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor setiap hari minggu.
"Seronok tengok reaksi kakak ini masa kami hantar barang. Suami dia reka sendiri gerai ini nampak premium.
"Bukan satu, tetapi dua gerai mini dia tempah. Tersenyum-senyum kakak itu masa gerai dipasang," tulisnya.
Difahamkan, pengusaha Shead Cookies itu juga sebelum ini aktif menjual bersama suami dan dua anak kecilnya.
Tindakan suami itu sekali gus menerima pujian ramai warganet yang rata-ratanya kagum dengan keikhlasan dan komitmennya dalam menyokong minat isteri.
"Usaha memang A++, yang penting booth ini comel," komen @monsterhana.
"Ya ALLAH, Murahkan rezeki suami dan pasanganya. Seronok tengok suami yang sokong isteri macam ini," tambah @syeraleandra. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram