[VIDEO] 'Muka cantik tapi sayang...', wanita didakwa curi telefon milik pekerja kedai di Cheras


  • Tular
  • Sabtu, 28 Jun 2025

Wanita tersebut pantas melarikan peranti tersebut ketika tiada pekerja mahupun pelanggan lain di kedai tersebut.

TULAR sebuah kejadian kecurian yang berlaku di sebuah kedai menjual minuman ternama sekitar Dataran Perniagaan Cheras, Selangor yang sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Video berdurasi 16 saat itu menyaksikan seorang wanita bertudung hitam mencuri telefon pintar yang difahamkan milik pekerja ketika ia ditinggalkan dan sedang dicaj.

Individu tersebut pada awalnya memerhati peranti berkenaan sebelum pantas mengambilnya ketika orang ramai tidak menyedari tindakan berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita parah 8 kali ditikam di Taman Sri Muda, perompak gagal kebas apa-apa

BACA LAGI: [VIDEO] Sempat bawa lari mesin duit, 2 lelaki guna kayu baseball rompak kedai di Klang

Kejadian berkenaan kemudian dikongsikan di media sosial dengan pemilik telefon pintar tersebut mengharapkan suspek dapat memulangkannya sebelum tindakan lanjut diambil pihak berkuasa.

"Mohon bantuan semua yang mengenali individu ini untuk memulangkan telefon pintar tersebut. Laporan polis sudah dibuat, kejadian berlaku pada Khamis, pukul 9:50 malam di Mixue Cheras Trader Square," tulisnya.

Kejadian tersebut turut menerima respons orang ramai yang sedikit terkejut atas tindakannya yang merugikan selain hanya akan mengundang padah apabila diheret ke muka pengadilan.

"Muka terpampang terang-terangan, malu lah nak. Ingatlah ibu bapa yang juga terkena tempiasnya. Kena cekup nanti, akan terima padahnya," kata Rina Shahir.

"Muka cantik, tetapi sayang. Perangai teruk, panjang tangan dan pantang melihat apa-apa yang berharga. Entahlah bini atau pasangan siapa ni. Buat malu orang lain sahaja," kata Roslan Pna.

Setakat ini, tidak dipastikan sama ada suspek sudah dikesan atau sebaliknya kerana tiada sebarang kenyataan dikeluarkan berhubung kes tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram