Ibu, bapa saudara ditahan susulan budak 4 tahun terjatuh tingkat 30 di Bukit Jalil


  • Kes
  • Jumaat, 06 Jun 2025

Mangsa dipercayai terjatuh dari balkoni kediaman bertingkat itu.

POLIS sudah menahan ibu dan bapa saudara kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 30 sebuah apartmen di Bukit Jalil di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, kedua-dua warga Indonesia itu, masing-masing berusia 25 dan 27 tahun direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Tambah Aidil, bapa kanak-kanak tersebut adalah warganegara Malaysia.

BACA LAGI: Wajibkan pasang jeriji besi di rumah bertingkat, elak tragedi kanak-kanak maut terjatuh di Bukit Jalil berulang

BACA LAGI: 'Itu ayah saya, bukan bahan lawak', hati anak terluka gambar sedih bapa jadi 'sticker' WhatsApp, difitnah kahwin lain

“Berdasarkan hasil bedah siasat, kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami selepas terjatuh.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, dilaporkan bahawa polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.17 pagi berhubung seorang kanak-kanak yang meninggal dunia akibat terjatuh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram