Rasai sendiri makanan kucing, Soo Wincci 'approved' revolusi nutrisi Pet World


  • Bizz
  • Sabtu, 28 Jun 2025

Choy (tengah) menegaskan, Pet World komited membangunkan makanan haiwan yang memberi tumpuan kepada kesihatan pencernaan, penjagaan kulit serta bulu dan keperluan nutrisi khusus.

“SEDAP! Rasanya macam sup ayam cuma tanpa garam dan bahan perisa.

Demikian rasa yang diterjemah Dr Soo Wincci, duta Pet World Nutritions (Pet World) selepas menjamah sedikit makanan kucing dalam tin Delizios berperisa ‘chicken in broth’.

Langkah berani bekas peserta MasterChef Selebriti Malaysia itu membuatkan sebahagian besar para media yang menghadiri lawatan kilang Pet World di Shah Alam, Selangor pada 24 Jun lalu turut teruja untuk merasai makanan kucing dalam tin itu.

BACA LAGI: 'Upgrade' kebun jadi port pelancongan, ramai petani kini mampu dapat duit lebih

BACA LAGI: Harga cecah RM40 sekilo, tanaman halia di Kota Tinggi bantu golongan kurang pendapatan miliki pekerjaan

Soo Wincci (kanan) tidak kekok ketika membuat demo rasa makanan kucing dalam tin Delizios.

Selepas diyakinkan bahawa proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengilangan makanan haiwan peliharaan di bawah Pet World adalah suci dan bersih, penulis tidak ketinggalan untuk mencicipnya.

Boleh dikatakan tekstur serta kualiti makanan kucing Delizios sangat bagus kerana menggunakan daging dada ayam carik bersama sup pekat jernih. 

Begitu juga dengan varian isi ikan bonito dan bonito bersama udang dan ikan kakap.

Delizios adalah produk makanan kucing bertaraf premium yang dikeluarkan oleh Pet World dengan rangkaian makanan kering selain makanan dalam tin berbentuk broth, mousse dan jeli.

Bahkan rangkaian seperti Delizios, Le Gourmet dan SIMPLE menpunyai standard gred makanan manusia kerana menggunakan 100 peratus daging sebenar berkualiti tinggi.

Jadi tidak hairanlah jika ia cukup 'palatable' atau boleh dimakan manusia sendiri.

Choy sendiri ialah seorang pencinta haiwan dan mempunyai beberapa ekor kucing peliharaan yang dibiarkan bebas bergerak di pejabatnya di Shah Alam.

Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif Pet World, Choy Peng Yew berkata, segala yang dilakukan oleh syarikatnya bermula dengan keperluan haiwan peliharaan 

Sebagai seorang pencinta haiwan, beliau berkata, Pet World komited membangunkan makanan haiwan yang diformulasi secara saintifik dengan memberi tumpuan kepada kesihatan pencernaan, penjagaan kulit serta bulu dan keperluan nutrisi khusus.

“Bersandarkan sains dan kelestarian, kami mentakrif semula masa depan pemakanan haiwan untuk setiap produk yang dihasilkan,” katanya.

Menurut Choy, selain Delizios, Pet World juga menerajui jenama ProDiet bagi makanan kucing dan ProBalance, SIMPLE serta Le Gourmet bagi makanan anjing.

Katanya, ProDiet adalah jenama yang sudah cukup dikenali di Malaysia dan produk itu memberi fokus kepada pemakanan seimbang untuk kucing bagi semua peringkat umur.

“Terbaharu kami memperkenalkan varian terbaharu iaitu makanan kucing dengan tambahan kebaikan beras perang.

“Kami di Pet World menyokong petani tempatan, jadi untuk siri beras perang, ia diimport dari Kedah manakala ramuan tambahan iaitu jagung pula ditanam petani di Banting, Selangor.

"Beras perang ada indeks glisemik (GI) yang rendah sekali gus akan membantu mengawal paras gula dalam darah supaya sentiasa stabil,” katanya kepada Majoriti.

Siri baharu ProDiet yang didatangkan dengan tambahan kebaikan beras perang bersama perisa salmon, tuna dan ayam. 

Tambah Choy, ProDiet siri beras perang juga rendah kandungan sodium sesuai untuk kesihatan jantung dan buah pinggang kucing anda. 

Ia juga dilengkapi teknologi ProCare yang membantu penyerapan protein secara pantas agar tubuh kucing anda sihat dan bertenaga.

“Ia juga mengurangkan alahan dan mesra alam dengan menggunakan daging gred manusia yang boleh dikitar semula. 

“Saya bagi contoh kepala ayam sebab ramai orang tak makan tapi tahukah anda bahawa ia ada kira-kira 25 peratus isi manakala tulangnya pula kaya dengan nutrien seperti kalsium dan fosforus.

“Jadi, kami proses untuk mendapatkan isinya dalam bentuk serbuk sebelum dijadikan makanan kucing,” katanya sambil memberitahu, kesemua produk boleh didapati pada harga berpatutan.

Selain salmon, siri beras perang juga boleh didapat dalam perasa ayam dan tuna. 

Pada masa sama, Pet World yang ditubuhkan pada 2006 turut melancarkan kempen terbaharu bertajuk ‘Hanya Yang Terbaik Untuk Si Comel Anda’. 

Delizios dan ProDiet antara jenama makanan kucing di bawah Pet World.

Kempen tersebut memperkukuh komitmen syarikat terhadap kualiti, inovasi, dan kelestarian seiring dengan keperluan generasi baharu pemilik haiwan peliharaan.

Teras kempen itu juga menekankan komitmen terhadap kelestarian dan tanggungjawab sosial. 

Antara inisiatif utama yang digariskan termasuklah sumber makanan laut yang mesra ikan lumba-lumba dan penyu.

Selain itu, produk Delizios terpilih menggunakan tuna yang diperakui Marine Stewardship Council (MSC) selaras dengan komitmen terhadap marin biodiversiti dan tanggungjawab menyokong kelestarian laut dalam jangka masa panjang.

Pihak syarikat juga beralih kepada penggunaan pembungkusan yang boleh dikitar semula.

“Kami bangga menjadi pengeluar pertama di Malaysia yang menawarkan makanan haiwan peliharaan yang mempunyai pensijilan Suci Bersih, dibangunkan oleh pakar veterinar serta dihasilkan sepenuhnya di dalam negara,” tambah Choy. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram