Usah terlalu berceloteh, jujur pertama kali 'dating', 5 cara kawal diri agar nampak 'chill', kekal menarik


  • Cinta
  • Sabtu, 07 Jun 2025

Berbicara tentang perkara yang benar-benar anda gemari membuka ruang kepada hubungan yang lebih mendalam. — Gambar Hiasan

PERTEMUAN pertama sering disertai debaran halus, peluh dingin di tapak tangan dan fikiran yang ligat mencari kata pembuka.

Dalam usaha ingin kelihatan jujur dan bersahaja, ramai yang tanpa sedar telah berkongsi terlalu banyak perkara peribadi sehingga menjadikan suasana janggal atau bahkan menakutkan pasangan yang baru dikenali.

Berbual dengan ikhlas itu penting, tetapi berkongsi secara berlebihan dalam pertemuan awal boleh mengundang salah faham atau lebih buruk boleh merosakkan peluang untuk hubungan terus berkembang. 

BACA LAGI: Ramai tak tahu, cara 'scroll', pegang telefon pintar dedah sisi tersembunyi personaliti anda

BACA LAGI: Tak perlu menunggu lama, saintis berjaya cipta ujian ultra pantas yang boleh kenal pasti jenis tumor otak dalam masa 2 jam

Berikut lima panduan sebelum tersilap langkah ketika berbual saat pertemuan pertama:

1. Fokus minat 

Daripada berbual kosong atau terlalu serius, lebih baik berbicara tentang perkara yang benar-benar anda gemari.

Perbualan akan terasa lebih santai dan menyenangkan apabila anda bercakap tentang minat seperti filem seram, mendaki gunung, muzik atau kucing.

Minat bersama juga boleh menjadi pintu kepada hubungan yang lebih mendalam. 

Kalau anda kongsi minat terhadap dokumentari jenayah dan si dia pula penggemar podcast true crime, perbualan boleh berlarutan tanpa perlu berusaha keras.

Menetapkan sempadan membantu menghormati privasi masing-masing. — Gambar hiasan

2. Tetap sempadan awal

Sebelum keluar janji temu, cipta garis panduan tentang perkara yang anda tidak mahu bincangkan. 

Antara topik wajar dielakkan termasuk sejarah perubatan, kisah trauma keluarga, masalah kewangan, sejarah seksual atau perkara berkaitan bau badan dan kebersihan diri. 

Menetapkan sempadan itu membantu anda kekal sopan dan menghormati privasi sendiri serta pasangan.

3. Sediakan skrip ringkas untuk topik sensitif

Jika anda cenderung menceritakan perkara peribadi secara tidak sengaja, sediakan ayat-ayat ringkas untuk digunakan apabila perlu. 

Contohnya, “Saya dibesarkan dalam suasana keluarga yang agak mencabar” atau “Saya dan keluarga tidak begitu rapat.”

Ayat seperti itu cukup untuk memberi bayangan tanpa perlu menjelaskan dengan terperinci. 

Perician boleh datang kemudian iaitu jika hubungan itu berkembang ke arah yang lebih serius. 

Simpan cerita penuh untuk masa yang lebih sesuai, apabila kepercayaan sudah terbina.

Berkongsi minat yang sama membuka ruang kepada hubungan yang lebih mendalam. —  Gambar hiasan

4. Gunakan humor untuk situasi 'reverse'

Jika anda sedar telah mula 'membebel' atau berkongsi terlalu banyak, selitkan humor untuk menukar perbualan. 

Anda boleh berkata, "Wah, nampaknya saya dah minum kopi terlalu banyak hari ini!" atau "Oops, saya dah cerita panjang lebar. Tadi awak sebut pasal kerja, kan?."

Dengan sentuhan humor boleh menjadikan perbualan lebih santai dan menunjukkan anda bijak mengawal situasi.

5. Jadi pendengar aktif

Orang yang tahu mendengar biasanya lebih mudah mencuri hati seseorang. 

Apabila anda memberi ruang untuk dia bercerita, anda bukan sahaja mengawal diri daripada tersasul, malah memberi isyarat bahawa anda benar-benar berminat untuk mengenalinya.

Perbualan yang seimbang lebih meninggalkan kesan daripada sesi monolog pihak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram