Harga cecah RM40 sekilo, tanaman halia di Kota Tinggi bantu golongan kurang pendapatan miliki pekerjaan


  • Bisnes
  • Jumaat, 27 Jun 2025

Aktiviti penduduk kampung menguruskan tanaman halia sebelum dijual di pasaran. — The Star

HALIA kini menjadi antara tanaman bernilai tingi dalam kalangan penduduk kampung di Kota Tinggi, Johor.

Meskipun ia kelihatan mudah, namun petani yang pertama kali menanam halia, Mihat Mohad menyifatkan tanaman itu sebagai tumbuhan sensitif.

Dedikasinya terhadap penanaman halia juga didorong oleh aspirasi untuk mewujudkan spesies uniknya sendiri di Kota Tinggi.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Cinta antara benua', renyah jual nasi lemak, roti popular Hungary 'ikut tekak' orang kampung akhirnya buka pintu rezeki di Perak

BACA LAGI: [VIDEO] Bangkit lepas koma 5 bulan, pengusaha sambal Dapur Pak Amir mula bermodal pertama RM500 gigih ubah nasib keluarga

Tanaman halia yang kini berkembang pesat di Kota Tinggi. — Gambar hiasan/Facebook

"Kami berharap dapat mengusahakan spesies halia Kota Tinggi kami sendiri dan mengubahnya menjadi sumber pendapatan yang boleh dipercayai untuk masyarakat setempat," katanya.

Visi Mihat juga bergerak seiring dengan kerjasama bersama perunding Institut Pertanian Tropika dan Keselamatan Makanan (ITAFoS) di Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Hawa Jaafar.

Halia 'tumbuhan sensitif'

Beliau berkata, rancangan untuk membangunkan spesies halia sendiri itu dilaksanakan sesuai dengan keadaan unik Kota Tinggi.

"Ia akan mengambil masa dua hingga tiga kitaran tanaman untuk stabil dan menyesuaikan diri dengan keadaan kawasan ini.

"Tetapi, kami yakin ia boleh dilakukan," jelasnya.

Sejak menyertai program Inisiatif Penanaman Halia Bentong pada Oktober 2024, Mihat mendapati tumbuhan itu mudah dijangkiti penyakit.

Katanya, bintik-bintik hitam akan terbentuk pada pokok halia jika tidak diurus dengan betul.

"Anda perlukan suhu, baja dan saliran yang betul.

"Walaupun sudah tujuh tahun mengusahakan tanaman sayur-sayuran, penternakan halia agak baharu bagi saya.

"Menariknya tentang halia Bentong adalah daunnya mengeluarkan aromanya yang ringan dan wangi," ujarnya.

Lelaki berusia 43 tahun itu berkata, terdapat dua kursus perlu diikuti bersama pakar UPM dan pegawai Jabatan Pertanian Johor untuk berkongsi ilmu dan amalan terbaik dalam membantu dalam perjalanan penanaman halia mereka.

Halia Bentong yang mempunyai kualiti lebih tinggi berbanding di negara lain. — Gambar hiasan/Facebook

Kualiti halia Bentong muda

Mereka juga berjaya menanam sebanyak 1,200 pokok halia sejak Oktober lalu sekali gus menjadikan ia antara hasil tertinggi dalam program itu.

"Halia Bentong muda dituai selepas enam bulan menjadikan harga pasarannya lebih tinggi.

"Kami menjualnya pada harga RM40 sekilogram iaitu lebih tinggi berbanding halia yang diimport dari China, Indonesia dan Thailand.

"Ia boleh digunakan sebagai ubat, dalam masakan atau pun dimakan mentah. Harapan kami suatu hari nanti dapat menjualnya di luar Kota Tinggi," tambahnya.

Dengan kira-kira 5,000 pokok halia diusahakan sehingga kini, inisiatif tersebut mampu mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada halia import yang membentuk lebih 80 peratus bekalan berdasarkan data dari 2022 hingga 2023.

Menurut Hawa, mengambil halia dalam pemakanan seharian memberi banyak manfaat kepada kesihatan.

"Ia kaya dengan antioksidan dan fitokimia dan mampu mencegah penyakit dan anti-radang.

"Ia boleh meningkatkan imuniti dan membantu melawan jangkitan.

"Cara mudah untuk menikmatinya adalah dengan menghiris nipis-nipis, rendam dalam air panas, tambah madu dan minum setiap hari," katanya.

Defence Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, who is also Kota Tinggi MP, recently officiated the young Bentong ginger harvesting programme in Kampung Gembut. With him is Universiti Putra Malaysia’s Institute of Tropical Agriculture and Food Security consulting fellow Dr Hawa Jaafar (left).

Penanaman halia di Kota Tinggi akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan kurang berkemampuan. — The Star

Halia sumber pendapatan

Kata Hawa, selain sekadar meningkatkan hasil pertanian, penanaman halia juga bertujuan untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan kurang berkemampuan terutama ibu tunggal dan fakir miskin.

"Selain menanam, kami juga menggalakkan aktiviti hiliran seperti menghasilkan serbuk halia yang dijual dengan harga pasaran lebih tinggi.

"Projek itu mendapat sokongan daripada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi," jelasnya.

Penuaian halia Bentong muda di Kampung Gembut Tanjung Sedili pada Sabtu lalu berpotensi untuk menembusi pasaran antarabangsa kerana ciri uniknya seperti aroma yang kuat, tahap rempah yang berbeza dan pulpa yang kurang berserat. — The Star/YEE XIANG YUN

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram