Terlepas hukuman penjara dan sebat, Syed Saddiq bebas dakwaan salah guna dana Armada


  • Kes
  • Rabu, 25 Jun 2025

Syed Saddiq lepas dan bebas pertuduhan pecah amanah dana Armada.

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana berjumlah RM10 juta milik Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Keputusan Mahkamah Rayuan pada Rabu itu oleh tiga panel hakim iaitu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin. membuatkan Saddiq turut terlepas hukuman penjara selama tujuh tahun dan sebatan.

Hakim mengatakan yang pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan Saddiq mengeluarkan arahan untuk dana RM1 juta dikeluarkan daripada dana Armada. — The Star/NURBAITI HAMDAN

BACA LAGI: Air mata Bella Astillah iringi keputusan mahkamah, Syed Saddiq kini bebas daripada tuduhan pecah amanah

BACA LAGI: [VIDEO] Bella Astillah pamer tarian etnik Sabah, Sarawak, gerak lenggok Syed Saddiq mencuit hati

Syed Saddiq (depan) terlepas daripada semua pertuduhan dikenakan terhadapnya. — Facebook/Syed Saddiq

"Dakwaan ketidakjujuran Syed Saddiq yang membawa kepada keuntungan secara salah kepadanya atau kerugian secara salah pada pihak Armada, tidak dapat dibuktikan.

"Hakim Mahkamah Tinggi gagal menilai keseluruhan keterangan yang dikemukakan dan ia membawa kepada kekhilafan ketika mencapai keputusan mensabit dan menghukum Syed Saddiq. Ini memerlukan campur tangan mahkamah," kata Hakim Noorin.

Dalam masa yang sama, pihak pendakwaan gagal untuk memberikan bukti kukuh kepada pertuduhan Saddiq menyalah guna wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Bhd kepunyaan Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE).

Tiada bukti yang mengatakan wang tersebut dikeluarkan oleh Saddiq itu adalah miliknya atau ABBE.

"Mengarahkan, memerintahkan atau menyuruh seseorang untuk mengeluarkan wang tidak boleh dianggap sebagai satu bentuk pelupusan wang tersebut. Tindakan mengeluarkan wang itu sendiri tidak memenuhi unsur actus reus (perbuatan jenayah).

"Kami mendapati bahawa wang sebanyak RM120,000 itu tidak dimiliki oleh mana-mana pihak lain selain perayu, dan oleh itu, tiada kesalahan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan telah dilakukan oleh perayu," ujar Hakim Noorin.

Berkaitan pengubahan wang haram, pihak hakim mendapati tiada sebarang kesalahan dari segi undang-undang berkaitan pemindahan RM100,000 ke akaun Amanah Saham Berhad (ASB) milik Saddiq.

"Tiada pertimbangan diberikan terhadap pembelaan perayu bahawa beliau tiada sebab untuk mempercayai atau mengesyaki bahawa wang sebanyak RM100,000 yang dipindahkan ke dalam akaun ASB miliknya adalah hasil daripada aktiviti haram," jelas Hakim Noorin. — The Star/NURBAITI HAMDAN

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram