'Perang kini sudah bermula', Iran beri AS kata dua lepas serang fasiliti nuklear


  • Benua
  • Ahad, 22 Jun 2025

Iran sedia untuk berperang dengan AS-Israel.

KONFLIK antara Iran dengan Israel bersama sekutunya, Amerika Syarikat (AS) sudah memasuki babak terbaharu dengan negara Asia itu sedia untuk berperang.

Itulah yang disuarakan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) yang merupakan cabang utama ketenteraan Iran selepas melihat fasiliti nuklear negara itu diletupkan oleh AS.

Kata IRGC, perang kini sudah bermula dan itu adalah mesej jelas buat AS dan Israel yang mahukan Iran tunduk kepada mereka.

BACA LAGI: AS akhirnya masuk 'gelanggang', hantar pesawat B-2 letupkan fasiliti nuklear Iran

BACA LAGI: [VIDEO] Honda 'cabar' program angkasa Elon Musk, berjaya uji roket

Dalam pada itu, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi mengatakan yang AS sudah melanggar undang-undang antarabangsa.

Dia mendesak agar ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk sedar akan tindakan AS yang berbahaya dan tidak mengikut undang-undang.

"Amerika Syarikat, yang merupakan ahli tetap Majlis Keselamatan PBB sudah melakukan kesalahan mengikut Piagam PBB, undang-undang antarabangsa dan Perjanjian Pencegahan Penyebaran Senjata Nuklear (NPT) dengan menyerang fasiliti nuklear Iran yang bersifat aman.

"Kejadian pada pagi Ahad adalah keterlaluan dan akan mempunyai akibat yang berkekalan. Setiap ahli PBB mesti berasa bimbang dengan tingkah laku yang amat berbahaya, tidak berlandaskan undang-undang dan bersifat jenayah ini," katanya.

Pada Sabtu, AS meletupkan tiga fasiliti nuklear Iran yang terletak di Fordow, Isfahan dan Natanz menggunakan jet pengebom jenis B-2. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram