
AMERIKA Syarikat (AS) sudah mula masuk 'gelanggang' apabila kuasa besar dunia itu dilaporkan sudah melakukan pengeboman terhadap Iran.
Menurut laporan di AS, pegawai tentera negara itu mengatakan pihaknya sudah memusnahkan kawasan nuklear Iran pada Sabtu.
AS menggunakan pesawat pengebom jenis B-2 dengan pakar berkata ia merupakan senjata ampuh untuk memusnahkan kawasan penting sebegitu.
BACA LAGI: [VIDEO] Gunung berapi berkembar meletus, 24 penerbangan Bali dibatalkan
BACA LAGI: [VIDEO] Honda 'cabar' program angkasa Elon Musk, berjaya uji roket
Tindakan itu dilakukan atas arahan Presiden Donald Trump dengan AS akhirnya menyertai pertarungan antara Iran dan sekutunya, Israel selepas lebih seminggu bertukar-tukar serangan.
Walaupun tiada sebarang laporan mengenai kerosakan atau kehilangan nyawa atas serangan tersebut, ia sudah pasti akan membawa konflik itu ke satu tahap berbeza.
Dalam pada itu, Menteri Luar Iran, Abbas Aragchi berkata, negara itu tidak mempercayai AS sekali gus membuatkan rundingan untuk menghentikan konflik tidak berjaya.
Menurut Aragchi, Iran tidak akan berunding selagi Israel tidak menghentikan serangannya.
Rundingan itu dijangka tidak akan menemui penyudahnya selepas Israel menerusi ketua angkatan tenteranya, mengatakan mereka bersedia untuk berperang secara jangka masa panjang dengan Iran. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram