
BERLAKU sebuah kemalangan melibatkan helikopter yang hilang kawalan dekat sebuah restoran dekat Michigan, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.
Mengikut laporan di AS, helikopter milik persendirian itu sedang cuba mendarat di sebuah restoran bernama Cabana Blue Lakefront Sports Bar and Grill.
Semasa kejadian, kipas helikopter itu masih berpusing ketika sudah mendarat. Tiba-tiba, kipas itu hilang kawalan dan mengena kepada tanah dan kemudiannya terus terbabas.
BACA LAGI: 'Perang kini sudah bermula', Iran beri AS kata dua lepas serang fasiliti nuklear
BACA LAGI: AS akhirnya masuk 'gelanggang', hantar pesawat B-2 letupkan fasiliti nuklear Iran
Ketika kejadian berlaku, kesemua empat mangsa yang merupakan rakyat Kanada dan terdapat beberapa orang yang berada sekitar 200 meter daripada tempat kejadian.
Menurut Pengarah Kecemasan Daerah St. Clair, Justin Westmiller, semasa kejadian berlakunya sedikit kebocoran terhadap minyak helikopter.
Semasa kejadian itu, helikopter juga sudah menutup fungsi bateri namun ia masih tidak dapat mengelak daripada berlakunya kemalangan. Mujur buat kesemua yang berada dalam helikopter itu kerana mereka semuanya terselamat.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS bagaimanapun tidak menyiasat lanjut kejadian itu kerana kenderaan tersebut berdaftar di Kanada.
Oleh itu, ia dibiarkan di tempat kejadian sehingga Selasa atau Rabu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram