
JABATAN Alam Sekitar (JAS) menemui ammonia di lokasi kebakaran lima premis yang terbakar dekat Masai, Johor pada Sabtu.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr Mohd Famey Yusoff berkata, penemuan ammonia di lokasi itu bagaimana pun masih pada tahap terkawal dan tidak menganggu kesihatan awam.
Pihak JAS juga melakukan pemantauan di tiga lokasi bermula 8 malam pada Sabtu.
BACA LAGI: AS akhirnya masuk 'gelanggang', hantar pesawat B-2 letupkan fasiliti nuklear Iran
BACA LAGI: Mengangguk faham, calon SPM didakwa bunuh ibu, abang di Melaka
"Menurut laporan, tiada bacaan sebatian organik meruap (VOC) direkodkan di kesemua lokasi pemantauan. Namun begitu, bacaan ammonia dikesan di kawasan Pos Kawalan Bomba, tetapi masih di bawah paras AEGL-2, iaitu tahap yang belum memberi kesan serius terhadap kesihatan.
"Sehubungan itu, pihak berwajib memaklumkan bahawa pemantauan kualiti udara akan diteruskan hari ini (Ahad) sebagai langkah kawalan dan berjaga-jaga,” katanya.
Pada Sabtu, berlaku kebakaran besar melibatkan lima premis dengan keluasan sebesar 1,000 meter persegi pada 12.54 tengah hari.
Kejadian itu turut menyebabkan 15 kenderaan yang berada di lokasi kejadian turut musnah akibat dijilat api. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram