[VIDEO] Siling masjid di Terengganu runtuh akibat panahan petir, gemparkan jemaah sebelum solat Asar


  • Tular
  • Selasa, 24 Jun 2025

Kejadian mengejut itu menyaksikan kawasan solat sedikit kotor, namun tidak mencederakan mana-mana jemaah.

INSIDEN menggemparkan berlaku di Kuala Terengganu, Terengganu pada Isnin apabila sebuah masjid di kawasan tersebut mengalami kerosakan siling ketika jemaah sedang bersiap untuk mendirikan solat Asar.

Dalam video dikongsikan di media sosial, kelihatan siling Masjid Makmur Losong Dato' Amar mengalami kerosakan akibat panahan petir sehingga serpihan siling bertebaran di atas lantai.

Berdasarkan video pendek itu, masjid berkenaan kelihatan sedikit kotor akibat insiden terbabit, namun jemaah masih mendirikan solat dengan tiada kecederaan serius dilaporkan.

BACA LAGI: [VIDEO] Siling pawagam runtuh, wanita nyaris maut tonton filem Final Destination

BACA LAGI: [VIDEO] Penduduk dakwa letupan bom pembukaan LIMA'25 jejaskan rumah sampai dinding, siling tercabut

Seorang pengguna Facebook, Syamsul Firdaus Shamsuddin menyatakan pihak masjid terbuka untuk menerima sumbangan demi membantu membaiki siling yang rosak akibat panahan petir itu.

"Ujian semasa hendak solat asar tadi di Masjid Makmur. Pihak masjid mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai, semoga para penderma diberi kesihatan dan pahala berpanjangan untuk rumah ALLAH ini," tulisnya.

Difahamkan masjid tersebut aktif mengadakan aktiviti keagamaan bagi memeriahkan penduduk setempat untuk mengerjakan ibadah bersama-sama.

Ini termasuk usaha menjemput penceramah ternama, Ustaz Azhar Idrus serta mengumpulkan anak-anak muda di kawasan tersebut untuk menanam semangat mendirikan ibadah sejak usia muda.

Jadi, sumbangan diperolehi daripada bantuan orang ramai pasti dapat memastikan setiap perancangan dapat diteruskan selain memastikan jemaah dapat hadir dalam keadaan selesa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram