[VIDEO] Serbuk karbaid dipercayai punca letupan di Bandar Baru Klang


  • Kes
  • Khamis, 12 Jun 2025

Dinding sebuah pejabat kedai buah runtuh selepas berlaku letupan dipercayai akibat serbuk karbaid dalam kejadian di Jalan Gudang Nenas Bandar Baru Klang dekat Klang, Selangor pada Khamis. — Facebook/InfoSemasa 

DINDING sebuah pejabat kedai buah runtuh selepas berlaku letupan dipercayai akibat serbuk karbaid dalam kejadian di Jalan Gudang Nenas Bandar Baru Klang dekat Klang, Selangor pada Khamis. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, insiden berkenaan turut menyebabkan enam buah kereta yang sedang parkir di tepi masjid berhampiran turut terkesan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 5.21 petang daripada orang awam. 

BACA LAGI : Guru disiasat keluarkan kenyataan hina mangsa kemalangan bas UPSI

BACA LAGI : [VIDEO] Pemandu lori maut tersepit, nahas 3 kenderaan berat di Lebuhraya Utara-Selatan

"Seramai lapan anggota termasuk pegawai berserta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Klang Utara bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan dari orang awam. 

"Bomba yang tiba enam minit kemudian mendapati letupan berlaku di bahagian belakang sebuah kedai buah-buahan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. 

Tambah beliau lagi, impak daripada letupan menyebabkan berlaku runtuhan pada struktur dinding pejabat kedai buah yang dan enam buah kereta diparkir tepi masjid turut terkesan.

"Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan," ujarnya. 

Tambah beliau lagi, siasatan awal mendapati punca letupan disebabkan karbaid untuk mempercepatkan buah masak.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram