
HASRAT seorang wanita meraikan hari lahir bertukar detik cemas apabila sebahagian siling pawagam tiba-tiba runtuh menimpanya ketika menonton tayangan filem seram Final Destination: Bloodlines pada Isnin minggu lalu.
Ketika kejadian, mangsa, Fiamma Villaverde, 29, hadir ke Cinema Ocho bersama anak perempuannya yang berusia 11 tahun dan seorang rakan untuk menonton filem keenam dalam francais popular itu di Cinema Ocho in La Plata, Argentina.
Insiden berlaku ketika filem hampir tamat, apabila Villaverde terdengar bunyi kuat sebelum seketul besar siling jatuh tepat ke atas dirinya.
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki miliki 23 rekod jenayah, 2 wanita ditahan polis lepas aksi kejar mengejar di Kajang
BACA LAGI: Ramai komplen nasi ayam gepuk mahal, rupanya gajus punca harga cecah belasan ringgit
"Pada awalnya kami menyangka itu sebahagian daripada babak filem kerana kami terlalu fokus. Namun, tiba-tiba sebahagian siling jatuh menimpa saya,” katanya
Menurut Fiamma, dia bernasib baik kerana ketika itu dia sedang bersandar ke arah sandaran tangan, menyebabkan kepalanya terselamat daripada hentakan.
Seorang wanita parah apabila sebahagian siling pawagam tiba-tiba runtuh menimpanya ketika menonton tayangan filem seram Final Destination: Bloodlines pada Isnin minggu lalu. pic.twitter.com/kuCqdGVH5R
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) May 26, 2025
Bagaimanapun, Fiamma mengalami lebam pada beberapa badan dan terpaksa mendapatkan rawatan serta pemeriksaan X-ray di hospital.
Akibat kecederaan tersebut, Fiamma juga memaklumkan bahawa dia tidak dapat bekerja selama beberapa hari.
"Saya sebenarnya tidak bercadang ke pawagam hari itu, tapi memutuskan untuk pergi kerana mahu meraikan hari jadi saya," katanya.
Fiamma turut membuat aduan rasmi kepada pihak pengurusan pawagam, selepas pengurus bertanya bagaimana beliau mahu menyelesaikan perkara itu.
Fiamma juga telah mendapatkan khidmat guaman berhubung kejadian tersebut.
"Bayangkan kalau benda tu terkena kepala anak saya? Saya sangat bimbang," ujarnya.
Setakat ini, pawagam Cinema Ocho masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden berkenaan.
Final Destination: Bloodlines mula ditayangkan pada 16 Mei lalu, selepas 14 tahun siri terakhirnya diterbitkan pada 2011.
Filem terbaharu itu mengisahkan watak Iris lakonan Brec Bassinger, yang menyelamatkan pengunjung sebuah restoran bertingkat selepas mendapat firasat awal berlakunya tragedi, sekali gus memberi kesan kepada keturunannya.
Filem itu turut mencatat rekod apabila menampilkan Yvette Ferguson, 71, sebagai individu tertua pernah melakukan aksi terbakar secara langsung di hadapan kamera, menurut pengarah Zach Lipovsky dalam satu temu bual bersama Entertainment Weekly. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram