
PERSOALAN berhubung calon bagi mengisi kekosongan bakal ditinggalkan Tan Sri Razarudin Husain yang bakal tamat tempoh perkhidmatannya Isnin depan sebagai Ketua Polis Negara, masih menjadi tumpuan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seakan-akan memberi gambaran masih belum menyerahkan senarai nama kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
“Oh ya… Istana beritahu dah?,” soalnya semula terhadap soalan daripada pemberita adakah benar tentang khabar yang mengadakan beliau telah menyerahkan senarai nama itu kepada Yang di-Pertuan Agong pada Khamis.
BACA LAGI: Kemalangan bas UPSI: Siasatan fokus aspek kecuaian, teknikal — Ketua Polis Perak
BACA LAGI: Sudah 6 minggu berlalu, tiada perkembangan baharu dari polis — Peguam Pamela Ling
Razarudin akan meninggalkan jawatan Ketua Polis Negara pada Isnin depan.
Ditanya adakah senarai itu telah diserahkan, Anwar hanya menjawab: “Nanti saya akan tanya Agong.”
Difahamkan, terdapat tiga nama yang tersenarai untuk mengisi kekosongan bakal ditinggalkan itu, termasuk bekas Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Selain itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Seri Azmi Abu Kassim serta Pengarah Cawangan Khas, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail turut disebut-sebut sebagai pengganti. — The Star/NELSON BENJAMIN/MOHD FARHAAN SHAH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram