Dakwaan Pamela Ling dilarikan polis atau pihak menyamar dalam siasatan — KPN


  • 112
  • Isnin, 05 Mei 2025

RAZARUDIN memaklumkan pihaknya maklum mengenai dakwaan mangsa dilarikan individu memakai pakaian polis.

KETUA Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan pihaknya maklum mengenai dakwaan menyatakan Datin Seri Pamela Ling Yueh dilarikan oleh pihak polis atau individu yang menyamar memakai vest bertulis polis.

Sehubungan itu, beliau yang dipetik daripada laporan Berita Harian berkata, siasatan polis berhubung kehilangan wanita itu turut mengambil kira dakwaan tersebut.

Fakta dakwaan itu diperoleh dari saksi iaitu pemandu e-hailing yang membawa Pamela ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, pada tengah hari 9 April lalu. 

BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal

BACA LAGI: 'Yuna peminat Liverpool', tak sampai setahun beroperasi, pasangan suami isteri di Klang pendam impian mahu setanding syarikat jersi di UK

"Pihak polis masih meneliti sama ada dia dilarikan oleh polis sebenar atau individu yang menyamar sebagai polis," katanya kepada BH hari ini.

Razarudin berkata, pihaknya tidak dapat mendedahkan lagi secara terperinci berhubung siasatan kes kehilangan Pamela kerana dikhuatiri boleh menjejaskan sebarang perancangan dan tindakan susulan yang bakal diambil selain siasatan yang ada.

"Pada masa ini, saya sudah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk membantu Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam siasatan kes berkenaan sekali gus menjejaki keberadaan Pamela.

"Pihak Bukit Aman dan Kontinjen Kuala Lumpur sedang meneliti segala fakta dan petunjuk yang ada dalam mengesan mangsa," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada penculikan Pamela itu dirancang oleh pihak tertentu disebabkan aset dan harta yang dimiliki namun sebaliknya tidak menolak kemungkinan kes terbabit dirancang untuk mewujudkan kesalahan pada pasukan SPRM dan PDRM.

Media pada Sabtu melaporkan bahawa polis mengesahkan tidak menerima sebarang permintaan wang tebusan berhubung wanita terbabit yang hilang ketika dalam perjalanan ke pejabat SPRM di Putrajaya pada 9 April lalu. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram