
PENYANYI dan pelakon, Naim Daniel, 28, mengaku tidak bersalah atas kesalahan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di Mahkamah Sesyen Putrajaya, Putrajaya pada Selasa.
Naim dilaporkan berbuat demikian di sebuah hotel dekat Jalan Harapan, Petaling Jaya, pada 19 Mei sekitar 8.59 malam.
Dia yang pernah memenangi Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Sumpah memohon untuk dibicarakan.
BACA LAGI: Tunku Sofia Najihah teruja jumpa Beckham
BACA LAGI: [VIDEO] 'Kami saling mempercayai', Eyka Farhana tenang hadapi perkahwinan jarak jauh
Naim (kiri) mengaku tidak bersalah atas kesalahan amang seksual terhadap remaja perempuan.
Naim didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika didapati bersalah.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shaharuddin menawarkan ikat jamin berjumlah RM15,000 dengan syarat tambahan buat Naim.
Syarat tersebut adalah Naim mesti menyerahkan pasportnya dan tidak menganggu saksi pendakwaan sepanjang kes berjalan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jumlah ikat jamin RM12,000 dengan seorang penjaman dan menerima syarat yang dikenakan oleh Timbalan Pendakwa Raya itu.
Kes tersebut akan disebut semula pada 18 Ogos. — The Star/NURBAITI HAMDAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram