Dari bekas tentera ke dapur masak, peniaga goreng pisang di Shah Alam tak jemu saji pelanggan lebih 3 dekad


  • Bisnes
  • Sabtu, 14 Jun 2025

Kualiti rasa pisang goreng Azmi yang berjaya memikat hati pelanggan di sekitar Shah Alam, Selangor. — The Star

RANGUP di luar, lembut di dalam. Pisang goreng sememangnya antara snek yang paling digemari rata-rata masyarakat Malaysia.

Setiap gigitan pisang yang dicelup dalam adunan tepung dan digoreng hingga kuning keemasan itu juga memberi secebis kegembiraan kepada sesiapa sahaja.

Terletak di sepanjang Jalan Langkap Satu 18/6a di Seksyen 18, Shah Alam, Selangor, gerai Azmi Goreng Pisang menyajikan pelbagai jenis pisang goreng rangup dan menyelerakan selama lebih tiga dekad.

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan tudung sarung, selendang, kini telekung jadi trend wanita di Sulawesi gaya ke pasar, kenduri kahwin

BACA LAGI: [VIDEO] Laku sampai ke luar negara, tekad nak tunai umrah jadi titik mula Che Puteh buka bisnes beg kait

Street Grub story on Azmi Goreng Pisang Shah Alam. —Low Lay Phon/The Star

Sebanyak empat kuali digunakan untuk menggoreng di gerai Azmi Goreng Pisang Shah Alam. — The Star

Lebih menambah selera apabila pisang goreng yang dijual menepati cita rasa masyarakat Malaysia dan paling penting tidak berminyak.

Pemiliknya, Azmi Man, merupakan bekas anggota tentera berusia 71 tahun sudah berkecimpung dalam perniagaan minuman dan makanan sejak 1994.

Selepas bersara daripada perkhidmatan tentera, Azmi menjual goreng sambilan sambil bekerja sebagai juruteknik pendawaian.

Namun, tanpa disangka, ia menjadi permulaan baginya untuk terus menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perniagaan tersebut.

"Perniagaan ini tidak diturunkan kepada saya. Saya sendiri yang mahu mulakannya.

"Pada mulanya, saya melakukan kerja pendawaian pada waktu pagi dan goreng pisang pada waktu petang.

"Tetapi lama-kelamaan, saya tahu inilah yang saya mahu lakukan," katanya.

Gerainya juga menawarkan pelbagai snek gorengan lain yang menjadi ramai seperti keladi, cempedak, ubi keledek dan sukun goreng.

"Dalam banyak-banyak pisang, pisang awak. Pada masa itu, pisang ini murah, kira-kira 60 hingga 80 sen sekilo.

"Tetapi, tiada siapa peduli. Sekarang, dapat permintaan ramai pula," jelasnya.

Street Grub story on Azmi Goreng Pisang Shah Alam. —Low Lay Phon/The Star

Azmi kini bekerja sepenuh masa sebagai peniaga pisang goreng. — The Star

Bagaimanapun, terdapat juga cabaran untuk mendapatkan bekalan pisang awak disebabkan permintaannya yang terlalu tinggi.

Menurutnya, tanaman pisang tempatan dilanda penyakit sehingga ia menyebabkan tumbuhan layu, reput dan mati.

Situasi itu sekali gus menyukarkan peniaga pisang sepertinya untuk mendapatkan sumber variasi yang digemari.

Namun, Azmi bertindak pantas dengan mengambil bekalan dari Thailand yang mampu menghantar pisang awak ke gerainya dua kali seminggu.

Azmi juga mampu menghabiskan jualan pisang sehingga 200 kilogram (kg) sehari pada hari biasa.

Kata Azmi, pisang juga bukanlah buah yang mudah untuk diusahakan.

"Pisang awak mengambil masa lebih lama untuk memasak dan boleh menjadi sukar untuk dikendalikan.

"Tetapi, teksturnya yang lembut, manis dan lain daripada yang lain itu membuatkan pelanggan tidak kisah menunggu lama," katanya.

Demi menuruti permintaan yang semakin meningkat, Azmi dan pasukannya juga membuat keputusan untuk mengembangkan operasi mereka.

Gerai itu kini beroperasi dengan empat kuali sekaligus dan membolehkan mereka menggoreng secara berterusan sambil bergilir-gilir waktu rehat dan solat.

Lokasi gerai Azmi di tepi jalan berhampiran kawasan industri. — The Star

Sesetengah pelanggan juga membuat pesanan pukal bernilai lebih RM200 menggunakan perkhidmatan penghantaran seperti Lalamove untuk menghantar pesanan mereka terus ke depan pintu rumah.

Selain pisang, Azmi juga menjual adunan tepung sedia dimasak untuk pelanggan yang mahu menggoreng sendiri di rumah.

"Ada di antara mereka yang gemar membuat snek sendiri.

"Jadi, mereka hanya mencelup pisang dalam adunan dan menggoreng bila-bila masa mereka mahu," ujarnya.

Di samping kualiti rasa yang memikat hati pelanggan, harga dikenakan juga amat berpatutan iaitu RM1 untuk tiga ketul pisang awak, RM1 dua ketul pisang tanduk, RM2 dua ketul pisang nangka dan 50 sen bagi setiap keping keladi atau keledek goreng.

Gerainya juga dibuka setiap hari dari pukul 12 malam hingga 6.30 petang kecuali pada Jumaat. — The Star/AYUNA SHAMELIN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram