[VIDEO] Bukan tudung sarung, selendang, kini telekung jadi trend wanita di Sulawesi gaya ke pasar, kenduri kahwin


  • Gaya
  • Jumaat, 13 Jun 2025

Terdapat pelbagai jenis rekaan dan corak telekung yang menjadi antara fesyen popular dalam kalangan wanita di Sulawesi.

TELEKUNG yang lazimnya digunakan untuk menunaikan solat kini dilihat menjadi sebahagian daripada gaya dan fesyen para wanita di Sulawesi, Indonesia.

Menerusi video tular di media sosial sejak Jumaat, fenomena itu sekali gus memberi kejutan budaya kepada masyarakat luar.

Rata-rata wanita di Sulawesi juga dilihat menyarungkan telekung setiap kali keluar bersosial, membeli-belah termasuk mengunjungi majlis keramaian seperti perkahwinan.

BACA LAGI: Pulang kerja suami duduk di dalam kereta 10 atau 20 minit, bukan tertekan nak masuk rumah, cuma 'me time' seketika

BACA LAGI: [VIDEO] Laku sampai ke luar negara, tekad nak tunai umrah jadi titik mula Che Puteh buka bisnes beg kait

Dalam video sama, seorang wanita juga berasal dari Sulawesi turut mengenakan telekung menjelaskan bahawa pemakaian sedemikian dianggap normal di kawasan itu.

Menurutnya, mereka mempunyai pelbagai variasi rekaan dan corak pada telekung untuk menggayakannya setiap hari.

"Biasanya di sini, telekung juga ada kasta. Jadi, kalau telekung untuk dipakai ke pasar, warung biasa, mereka akan pakai telekung dengan motif bunga-bunga kembang dan warnanya abstrak sekali.

"Tetapi, kalau untuk ke majlis berbeza dan lebih premium," katanya sambil menunjukkan beberapa pelanggan wanita di dalam sebuah pasar raya yang memakai telekung pelbagai warna dan corak.

Ada segelintirnya memakai lengkap dengan kain, ada juga padankan bersama seluar.

Situasi sedemikian secara tidak langsung memaparkan perbezaan dan keunikan pemakaian di sesebuah daerah ataupun negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram