Nahas pelajar UPSI: Permit bas dipajak individu asal Kelantan RM500 sebulan


  • Massa
  • Rabu, 11 Jun 2025

Kemalangan di Jalan Gerik-Jeli pada Isnin mengorbankan 15 penuntut UPSI yang mahu pulang ke kampus.

KEMENTERIAN Pengangkutan mengambil keputusan membatalkan permit kenderaan milik pengusaha bas yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Gerik-Jeli, Perak pada Isnin.

Menterinya, Anthony Loke berkata, keputusan itu diambil selepas siasatan awal mendapati pengusaha bas berpangkalan di Kedah pernah meminjamkan kenderaan tersebut kepada individu di Kelantan untuk caj RM500 setiap bulan.

Jelasnya, tindakan itu sudah melanggar peraturan permit kenderaan selain pemilik bas gagal menyediakan laporan data GPS ketika diminta pihak berkuasa kerana ia tidak diaktifkan ketika beroperasi.

BACA LAGI: Kenderaan Singapura tanpa VEP akan disaman mulai 1 Julai, wajib langsaikan sebelum tinggalkan Malaysia

BACA LAGI: Had laju 30km/j di zon sekolah digazetkan dalam masa terdekat — Anthony Loke

Transport Minister Anthony Loke (centre) speaking during the weekly press conference and the unveiling of the 2025 National Day and Malaysia Day (HKHM) logo and theme at Tun Abdul Razak Broadcasting and Information Institute (IPPTAR), Angkasapuri on Wednesday. Also present was Communications Minister Datuk Fahmi Fadzil (left) and Works Minister Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Anthony (tengah) menjelaskan Kementerian Pengangkutan akan mewujudkan pangkalan data bagi menyenaraikan kesalahan pemandu bas. — Izzrafiq Alias

“Pemilik permit diketahui beralamat dari Kedah dan memajak permit kepada pihak ketiga iaitu seorang individu dari Kelantan dengan bayaran hanya RM500 sebulan.

“Secara dasarnya, ia menyalahi undang-undang dan perjanjian yang dibuat pemilik permit itu sebelum ini dengan Kementerian Pelancongan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),” jelasnya dalam sidang akhbar di Angkasapuri pada Rabu.

Tambahnya lagi, sebuah pangkalan data yang mengumpulkan maklumat berkaitan pemandu bas akan diwujudkan merangkumi kesalahan lampau pernah dikenakan terhadap pemandu.

"Ketika ini, tiada sistem yang tersedia untuk pengusaha syarikat bas merujuk ketika melantik pemandu. Syarikat hanya bergantung kepada lesen memandu tanpa mengetahui sama ada individu itu pernah terlibat dalam kes kecuaian atau kesalahan serius,” katanya.

Tambahnya, jemaah Menteri juga mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk memberi penekanan terhadap aspek operasi, penilaian serta latihan pemandu bagi meningkatkan tahap keselamatan.

Ia susulan tragedi menyayat hati yang meragut 15 nyawa pelajar UPSI selepas bas yang membawa mereka terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Jeli-Gerik. — The Star/JUNAID IBRAHIM

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram